Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anak Kelahiran Malaysia Ini Kini CEO Intel Yang Baharu

Anak Kelahiran Malaysia Ini Kini CEO Intel Yang Baharu

Diterbitkan Mac 13, 2025 · Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh ariff bukhari

Intel mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu  berkuat kuasa 18 Mac 2025 ini.

Apa yang menariknya tentang pelantikan ini adalah individu bernama Lip-Bu Tan (65) ini adalah anak kelahiran Malaysia yang membesar di Singapura.

Beliau menggantikan dua CEO sementara, David Zinsner dan Michelle Johnston Holthaus. Zinsner kekal sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan, manakala Johnston Holthaus terus menerajui Intel Products.

Lip-Bu Tan merupakan seorang tokoh teknologi yang berpengalaman luas dalam industri semikonduktor.

Beliau pernah memimpin Cadence Design Systems sebagai CEO dari 2009 hingga 2021, membawa pertumbuhan ketara termasuk peningkatan harga saham lebih 3,200%.

Tan juga mempunyai hubungan kukuh dalam ekosistem teknologi dan semikonduktor.

Intel dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Tan bertujuan mempercepat pemulihan Intel serta meningkatkan nilai kepada pelanggan dan pemegang saham.

Intel turut berterima kasih kepada Zinsner dan Johnston Holthaus atas kepimpinan mereka sepanjang tempoh interim.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • ASUS Lancarkan Monitor Terbina Dengan Ciri Menapis Udara Kotor
  • OPPO A5 Pro Dengan 'IP Rating' IP66/68/69 Dijual Pada Harga Bermula RM899 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY