Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok featured image_CNN

TikTok Perkenal Ciri Baharu – Fokus Pada Ibu Bapa, Pencipta, Kesihatan Digital

Diterbitkan Julai 31, 2025 oleh Amalina Athman

TikTok kini mengumumkan penambahbaikan untuk kawalan ibu bapa, ciri baharu untuk pencipta kandungan, serta fungsi interaktif berkaitan kesihatan digital.

Kawalan baharu dalam Family Pairing

TikTok menambah baik Family Pairing, iaitu ciri yang membolehkan ibu bapa memaut akaun sendiri dengan akaun anak remaja bagi menyesuaikan tetapan keselamatan.

Melalui penambahbaikan ini, ibu bapa boleh menyekat akaun tertentu daripada berinteraksi dengan akaun anak mereka. Akaun yang disekat tidak dapat menghantar mesej atau berhubung, dan kandungannya tidak akan muncul dalam TikTok remaja tersebut.

New Visibility Tools for Parents

Ibu bapa juga akan menerima notifikasi secara automatik setiap kali remaja di bawah pemantauan memuat naik video, story atau foto yang boleh dilihat secara umum. Menurut TikTok, langkah ini membolehkan ibu bapa kekal peka dengan kandungan yang dikongsi tanpa menjejaskan kreativiti dan kebebasan remaja.

Selain itu, ibu bapa kini diberikan lebih akses untuk melihat tetapan privasi yang dipilih oleh remaja. Ini termasuk maklumat sama ada kandungan dibenarkan untuk dimuat turun dan jika senarai akaun yang diikuti boleh dilihat oleh pengguna lain.

Ciri baharu untuk pencipta kandungan

Empowering Creators

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap pencipta kandungan, TikTok memperkenalkan beberapa ciri baharu. Antaranya termasuk:

  • Creator Care Mode – membantu pencipta menapis komen yang tidak diingini dengan lebih berkesan.
  • Ciri senyap baharu untuk TikTok LIVE – membolehkan pencipta ‘mendiamkan’ perkataan, frasa atau emoji secara pukal semasa sesi LIVE.
  • Content Check Lite – menyemak terlebih dahulu sama ada kandungan berpotensi tidak layak untuk dipaparkan dalam FYP sebelum disiarkan.
  • Creator Inbox – ruang mesej profesional untuk komunikasi lebih efisien.
  • Creator Chat Room – membolehkan pencipta berhubung dan berinteraksi secara langsung dengan pengikut yang layak.

Misi kesihatan digital

TikTok turut memperkenalkan Well-being Missions, iaitu siri misi pendek dan interaktif bagi membantu pengguna membentuk tabiat digital yang lebih seimbang. Pengguna akan menerima lencana sebagai ganjaran setiap kali melengkapkan misi ini.

Supporting Community Well-Being

Menurut TikTok, syarikat itu juga sedang membangunkan satu pengalaman kesejahteraan digital khusus dalam aplikasi, yang bakal merangkumi pelbagai alat dan aktiviti seperti latihan pernafasan, trek audio menenangkan dan maklumat masa skrin.

Selain ketiga-tiga ciri ini, TikTok melancarkan ciri ‘footnotes’ di Amerika Syarikat, iaitu satu sistem semakan fakta berasaskan komuniti.

Berkaitan

  • TikTok Ada Ciri Meditasi, Boleh Guna Sekarang Kalau Asyik 'Scroll' Sampai Pagi
  • TikTok Dilapor Bakal Lancar Versi Khusus Untuk Pengguna Di AS
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • TikTok Lancar Ciri ‘Footnotes’ Untuk Perangi Maklumat Palsu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY