Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok US

TikTok Masih ‘Selamat’ Di AS, Trump Akan Lanjutkan Lagi Tarikh Akhir

Diterbitkan Jun 18, 2025 · Dikemas kini Jun 18, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi akan melanjutkan tarikh akhir yang diberikan kepada ByteDance untuk menjual aset TikTok di AS atau berdepan dengan larangan penuh di negara itu.

Tarikh akhir asal ditetapkan pada 19 Jun 2025. Namun, Trump dijangka menandatangani satu lagi perintah eksekutif minggu ini bagi memberi lanjutan selama 90 hari, menjadikan tarikh akhir baharu jatuh pada pertengahan September.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata pentadbiran Trump akan menggunakan tempoh lanjutan tersebut untuk “memastikan urus niaga ini dapat diselesaikan, supaya rakyat Amerika boleh terus menggunakan TikTok dengan keyakinan bahawa data mereka selamat dan terjamin”.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Trump memberikan kelonggaran terhadap penguatkuasaan larangan ke atas TikTok, yang sepatutnya berkuat kuasa sejak Januari lalu.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • "TikTok Ada Tempat Istimewa Di Hati Saya", Trump Sedia Lanjut Tarikh Akhir Jika Perlu
  • Masih Tiada Kata Putus, Trump Dijangka Lanjutkan Tarikh Akhir TikTok Kali Ketiga
  • Pengguna TikTok Kini Boleh Kawal Kekerapan Topik Kandungan Muncul Di ‘For You’

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY