Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok US

Masih Tiada Kata Putus, Trump Dijangka Lanjutkan Tarikh Akhir TikTok Kali Ketiga

Diterbitkan Jun 9, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bercadang untuk melanjutkan tarikh akhir larangan terhadap TikTok selama 75 hari lagi, menurut laporan The Wall Street Journal.

Dengan tarikh akhir yang semakin hampir dan rundingan perdagangan dengan China masih belum menemui kata putus, Trump dijangka akan menandatangani satu perintah eksekutif untuk menangguhkan penguatkuasaan undang-undang yang melarang atau memaksa penjualan aplikasi tersebut.

Sebagai rujukan, TikTok telah diharamkan di Amerika Syarikat selepas Akta Melindungi Rakyat Amerika daripada Aplikasi yang Dikawal oleh Pihak Asing mula berkuat kuasa pada 19 Januari.

Namun, Trump telah dua kali memberikan kelonggaran dan mengarahkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat supaya tidak melaksanakan undang-undang tersebut buat masa ini.

Bulan lalu, Trump juga berkata beliau bersedia untuk melanjutkan tarikh akhir sekiranya tiada perjanjian dicapai menjelang tarikh tersebut.

Setakat ini, TikTok masih boleh dimuat turun di Amerika Syarikat. Walaupun belum jelas bila pengambilalihan oleh pihak AS akan berlaku, dengan adanya lanjutan-lanjutan yang berterusan, aplikasi ini masih selamat daripada risiko dikeluarkan dari App Store dan Google Play Store.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY