Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok US

Trump Sekali Lagi Lanjutkan Tarikh Akhir Penjualan TikTok Di AS

Diterbitkan April 7, 2025 ยท Dikemas kini April 7, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani satu Perintah Eksekutif untuk membenarkan TikTok terus beroperasi selama 75 hari lagi.

Buat pengetahuan, TikTok telah dihalang daripada beroperasi di negara itu selepas Akta Melindungi Rakyat Amerika daripada Aplikasi yang Dikawal Musuh Asing mula berkuat kuasa pada 19 Januari lalu. Namun, ketika itu, Trump mengarahkan Jabatan Kehakiman untuk tidak menguatkuasakan undang-undang tersebut selama 75 hari.

Tempoh penangguhan itu sepatutnya tamat pada 5 April 2025, sekiranya TikTok gagal mencapai perjanjian untuk menjual operasinya kepada syarikat AS. Bagaimanapun, TikTok kini diberikan masa tambahan selama dua bulan setengah lagi.

Pentadbiran saya telah berusaha keras untuk mencapai satu Perjanjian bagi MENYELAMATKAN TIKTOK…Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan penuh kepercayaan bersama China, walaupun saya difahamkan mereka kurang senang dengan Tarif Timbal Balik yang kami kenakan..Kami tidak mahu TikTok “ditutup”. Kami menantikan kerjasama berterusan bersama TikTok dan China untuk memuktamadkan perjanjian ini.

Sementara itu, ByteDance dalam kenyataan pada hujung minggu lalu berkata masih terdapat beberapa perkara utama yang perlu diselesaikan.

ByteDance telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Amerika Syarikat mengenai potensi penyelesaian untuk operasi TikTok di Amerika Syarikat. Namun, perjanjian tersebut belum dimeterai. Terdapat beberapa perkara utama yang perlu diselesaikan, dan sebarang perjanjian akan tertakluk kepada kelulusan di bawah undang-undang China.

Beberapa sumber melaporkan bahawa perjanjian penjualan TikTok di AS tertunda selepas pengumuman tarif oleh Trump pada minggu lalu.

Sebelum itu, Trump menyatakan pihaknya sedia mempertimbangkan pengurangan tarif terhadap barangan import dari China jika negara itu meluluskan penjualan aplikasi TikTok di AS.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Trump Beri Tempoh Lanjutan 75 Hari Kepada TikTok
  • Trump Dilapor Sedia Lanjut Tarikh Akhir Penjualan TikTok Di AS Jika Perlu
  • Syarikat Pemula AI Ini Minat Beli TikTok, Mahu Kuasai Algoritma Carian Video
  • Trump Sedia Pertimbang Pelepasan Tarif Jika China Luluskan Perjanjian TikTok

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY