Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok US

Trump Arah Tubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat AS – Berpotensi Ambil Alih TikTok

Diterbitkan Februari 4, 2025 ยท Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amalina Athman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menandatangani satu perintah eksekutif yang mengarahkan penubuhan dana kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) dalam tempoh setahun, sambil menyatakan bahawa dana itu berpotensi untuk mengambil alih TikTok.

Jika ditubuhkan, dana kekayaan berdaulat itu boleh meletakkan Amerika Syarikat seiring dengan kebanyakan negara lain, terutamanya di Timur Tengah dan Asia, yang telah menubuhkan dana serupa sebagai cara untuk membuat pelaburan langsung menggunakan dana kerajaan.

Tidak banyak yang diperincikan dalam teks perintah itu, sebaliknya hanya mengarahkan Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Perdagangan AS untuk mengemukakan rancangan bagi dana tersebut dalam tempoh 90 hari, termasuk cadangan mengenai mekanisme pembiayaan, strategi pelaburan, struktur dana dan model tadbir urus.

“Kami akan menghasilkan banyak kekayaan untuk dana ini. Dan saya rasa sudah tiba masanya negara ini memiliki dana kekayaan berdaulat.” kata Trump kepada pemberita.

Biasanya, dana seperti itu bergantung pada lebihan bajet negara untuk membuat pelaburan.

Namun, butiran mengenai operasi dan sumber pembiayaan dana tersebut masih belum jelas, memandangkan Amerika Syarikat kini beroperasi dengan defisit belanjawan. Penubuhan dana itu juga kemungkinan besar memerlukan kelulusan daripada Kongres.

Sebelum ini, Trump pernah menyebut bahawa dana itu boleh dibiayai melalui tarif dan strategi lain. Beliau juga mencadangkan alat pelaburan kerajaan seperti itu boleh membiayai projek infrastruktur seperti lebuh raya dan lapangan terbang, pembuatan serta penyelidikan perubatan.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Trump Beri Tempoh Lanjutan 75 Hari Kepada TikTok
  • AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan
  • Pelabur AS Termasuk CEO Roblox Dan MrBeast Mahu Beli TikTok Pada Harga Lebih $20 Bilion

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY