Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Micron Technology Inc. Memory Chips As China-Backed Takeover Bid Seen Facing Tough U.S. Review

Tiga Gergasi Semikonduktor Disaman, Didakwa Sengaja Rancang Naikkan Harga DRAM

Diterbitkan Jun 30, 2026 · Dikemas kini Jun 30, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah tindakan undang-undang telah difailkan di Mahkamah Daerah Utara California terhadap tiga gergasi semikonduktor – Samsung, SK hynix dan Micron atas dakwaan mengatur bekalan DRAM dan menaikkan harga secara tidak wajar.

Plaintif mendakwa harga DRAM melonjak sehingga 700% dalam tempoh empat tahun akibat strategi bersama yang menyekat pengeluaran DDR3 dan DDR4, sambil menumpukan kepada memori jalur lebar tinggi (HBM) untuk pasaran AI.

Dengan menguasai hampir 90% pasaran global, langkah ini dikatakan menutup peluang pesaing baharu kerana kos membina kilang DRAM sangat tinggi.

Pengguna paling terkesan apabila harga produk seperti iPad dan Mac meningkat. Plaintif terdiri daripada individu dan perniagaan kecil, menuntut ganti rugi serta perintah injunksi.

Walaupun tuduhan masih belum dibuktikan, kes ini berpotensi menggoncang industri semikonduktor global.

Kes ini mengingatkan kembali kepada tuntutan serupa pada 2018 yang ditolak kerana dianggap sebagai tindakan selari yang sah.

Namun, kali ini hujah berpusat pada peralihan HBM sebagai bukti koordinasi.

Penganalisis menjangka harga DRAM akan terus meningkat 40–50% pada suku ketiga dan 30–40% pada suku keempat 2026, dengan kekurangan bekalan berlarutan sehingga 2028.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Mogok Batal, Pekerja Samsung Setuju Bonus ~RM1.4 Juta Seorang
  • Krisis Memori Kini Melarat Ke RAM DDR2, Harga Melonjak 60%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY