Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NVIDIA

Nvidia Dibenar Jual Cip AI H20 Ke China

Diterbitkan Julai 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Nvidia akan menyambung semula penghantaran cip AI H20 ke China selepas kerajaan AS memberi jaminan lesen eksport akan diluluskan.

Cip tersebut dibangunkan khas untuk pasaran China bagi mematuhi sekatan eksport, namun tertangguh sejak April lalu akibat pengetatan dasar oleh pentadbiran Trump.

CEO Jensen Huang menyatakan penghantaran akan bermula “tidak lama lagi”, dan menyambut baik keputusan tersebut.

“Kerajaan AS memberi jaminan bahawa lesen akan diluluskan, dan kami berharap dapat memulakan penghantaran H20 tidak lama lagi,” kata Nvidia dalam satu kenyataan.

Menurut penasihat AI Trump, David Sacks, cip H20 adalah “usang” dan langkah ini diambil untuk mengimbangi kemaraan Huawei.

China kekal sebagai pasaran utama Nvidia, walaupun ditekan oleh saingan tempatan dan sekatan perdagangan. Penganalisis melihat langkah ini dapat memulihkan pendapatan Nvidia dan mengurangkan tekanan ke atas rantaian bekalan global, namun ketidakpastian dasar AS kekal menjadi risiko.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Rusia Dilaporkan Uji Dron AI Dikuasakan Superkomputer NVIDIA Berharga ~RM1,170
  • Nvidia Jadi Syarikat Pertama Di Dunia Cecah Nilai $4 Trilion

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY