Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, Nvidia

CEO Nvidia Puji Model AI China ‘Berkelas Dunia’

Diterbitkan Julai 16, 2025 ยท Dikemas kini Julai 16, 2025 oleh Amalina Athman

CEO Nvidia Jensen Huang menyifatkan model kecerdasan buatan (AI) dari syarikat China seperti Deepseek, Alibaba dan Tencent sebagai “berkelas dunia” dan berkata AI sedang “merevolusikan” rantaian bekalan.

Huang berucap ringkas semasa majlis perasmian ekspo rantaian bekalan di Beijing, sehari selepas syarikat gergasi AI itu mengumumkan bahawa mereka sekali lagi dibenarkan menjual cip H20 ke China.

Dalam satu temu bual bersama penyiar rasmi China, CCTV, Huang menyatakan bahawa pasaran China sangat besar, dinamik dan sangat inovatif. Beliau juga menegaskan bahawa penting untuk syarikat-syarikat Amerika membina kehadiran kukuh di negara itu.

Ketika ini, Nvidia sedang berdepan cabaran untuk mengimbangi hubungan antara dua kuasa besar dunia yang bersaing dalam bidang AI dan teknologi canggih lain.

Pada Selasa, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Howard Lutnick berkata rancangan untuk menyambung semula penjualan cip AI H20 oleh Nvidia ke China adalah sebahagian daripada rundingan antara AS dan China berkaitan bahan nadir bumi.

Perubahan terbaru ini sebenarnya berkait rapat dengan perbincangan yang membina dan positif antara kerajaan Amerika dan China, khususnya berkaitan kawalan eksport. Saya telah diberi jaminan bahawa lesen akan diluluskan dengan cepat. Malah, sudah banyak tempahan yang diterima,” kata Huang kepada media semasa pembukaan ekspo.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Nvidia Dilapor Akan Lancar Cip AI Blackwell Lebih Murah Untuk China
  • Nvidia Jadi Syarikat Pertama Di Dunia Cecah Nilai $4 Trilion
  • Nvidia Dibenar Jual Cip AI H20 Ke China

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY