Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Cip Nvidia Kembali Cetus Ketegangan China-AS

Diterbitkan Julai 31, 2025 · Dikemas kini Julai 31, 2025 oleh Amsyar Latif

Pihak berkuasa China memanggil syarikat teknologi AS, Nvidia, bagi membincangkan isu keselamatan serius berkaitan cip AI model H20 yang dijual di China.

Menurut Pentadbiran Ruang Siber China, Nvidia diminta menjelaskan potensi risiko keselamatan termasuk kemungkinan kewujudan kelemahan dan ‘backdoor’ dalam cip tersebut.

H20 adalah versi kurang berkuasa cip AI Nvidia yang dibangunkan khas untuk pasaran China, susulan sekatan eksport dari AS.

Walaupun Washington baru-baru ini menarik semula beberapa sekatan dan Nvidia merancang untuk menyambung semula jualan, ketegangan teknologi antara kedua-dua negara masih berlanjutan.

China turut memetik dakwaan pakar AS bahawa teknologi penjejak lokasi dan fungsi nyahaktif jauh untuk cip seperti H20 telah pun matang, membangkitkan kebimbangan terhadap kemungkinan penyalahgunaan fungsi tersebut.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Nvidia Dibenar Jual Cip AI H20 Ke China
  • CEO Nvidia Puji Model AI China 'Berkelas Dunia'

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY