Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google TV

Tiada Lagi Tab Filem Dan TV Di Google Play Store

Diterbitkan Mac 24, 2022 oleh Anis Maisarah

Google menyatakan bahawa mereka tidak akan menjual filem dan rancangan televisyen (TV) daripada aplikasi Google Play bermula bulan Mei 2022. Hal ini dikatakan demikian kerana, pihak Google mahu pengguna beralih kepada aplikasi Google TV.

Google TV menawarkan pengguna satu pengalaman yang sama seperti di Google Play Movies & TV untuk rancangan TV dan filem. Aplikasi Google TV ini menyediakan perkhidmatan rancangan TV dan filem dalam bentuk sewaan dan tawaran yang hebat untuk anda nikmati. Bayaran sewaan atau pembelian boleh dibayar melalui kad kredit atau gift card jika anda berminat dengan tawaran di Google TV.

Google seolah-olah sedang perlahan-lahan membuat pengguna aplikasi ‘Play’ beralih kepada aplikasi lain. Sebagai contoh, perkhidmatan Google Play Music dihentikan untuk memberi laluan kepada Youtube Music. Walau bagaimanapun, Google Play masih boleh digunakan untuk membeli aplikasi, permainan atau buku di sana. Jadi, anda tidak perlu risau untuk terus menggunakannya.

Sumber : Google

Baca juga :

  • Google Didakwa Kutip Data Pengguna Dari Aplikasi Google Messages Dan Google Phone
  • Boleh Tonton Siri TV Percuma Di YouTube Tapi Ada Iklan
  • Apple TV Tarik Balik Pilihan Sewa Beli Pada Android TV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY