Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple TV Tarik Balik Pilihan Sewa Beli Pada Android TV

Posted on Mac 22, 2022Mac 22, 2022

Menurut laporan dari 9to5Mac, Apple telah menghentikan secara tiba-tiba pilihan untuk menyewa atau membeli filem melalui aplikasi Apple TVnya pada peranti Android TV.

Ini juga mempengaruhi peranti yang menjalankan Google TV, seperti Chromecast 2020 dan TV terbaharu daripada Sony, TCL, dan lain-lain.

Sebaliknya, kini hanya terdapat pilihan “How to Watch” yang mengarahkan pengguna ke produk Apple atau peranti penstriman lain untuk penyewaan, pembelian dan langganan Apple TV Plus.

apple tv android
Sumber: The Verge

Perubahan ini walau bagaimanapun belum dipaparkan pada halaman sokongan Android TV Apple, yang masih menyenaraikan Android TV yang menyokong transaksi langsung Apple TV.

Apple mula menawarkan perkhidmatan aplikasinya ini pada peranti Android TV pada akhir tahun 2020 dan tersedia secara meluas di platform tersebut sejak Jun lalu.

Kurang daripada setahun kemudian, Apple kini menarik balik penyewaan langsung, pembelian dan langganan. Kini aplikasi itu hanya berfungsi sebagai portal untuk kandungan yang telah anda bayar terlebih dahulu.

Hal ini juga turut dikongsikan di Reddit oleh seorang pengguna Android TV.

 

Apple masih tidak mengulas tentang hal ini. Namun, disyaki ia adalah kerana Apple tidak lagi mahu membayar yuran platform kepada Google daripada pembelian dalam aplikasi tersebut.

Bahkan, aplikasi Apple TV pada platform Fire TC Amazon juga tidak pernah membenarkan penyewaan filem atau pembelian atas sebab yang sama.

Sumber: 9to5Mac

Baca juga:

  • Sisi Gelap Syarikat Apple, Sekurang-Kurangnya 13 Pekerja Bunuh Diri
  • Apple Rugi Sehingga ~RM42 Juta Selepas Ditipu Bekas Pekerja
  • Didakwa Gagal Lindung Pekerja Kena Gangguan Seksual, Apple Terima Fail Saman

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress