Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google message

Google Didakwa Kutip Data Pengguna Dari Aplikasi Google Messages Dan Google Phone

Diterbitkan Mac 23, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang profesor sains komputer bernama Douglas Leith dari Kolej Trinity Dublin mendakwa, Google menerima data daripada aplikasi Google Messages dan Google Phone apabila pengguna menghantar dan menerima mesej serta membuat panggilan telefon menerusi aplikasi tersebut.

Perkara itu didedahkan dalam kertas penyelidikannya berjudul “What Data Do The Google Dialer and Messages Apps on Android Send to Google?“.

Dakwa profesor itu, antara data yang dikutip Google menerusi aplikasi tersebut adalah seperti nombor telefon, log panggilan masuk dan keluar, durasi panggilan dan lain-lain.

Aplikasi Google Messages tersedia dipasang dalam berjuta unit telefon pintar Android di seluruh dunia. Begitu juga dengan aplikasi Google Phone yang dipasang dalam pelbagai jenama telefon pintar seperti Xiaomi, Realme dan Motorola.

Walaupun Google ada menjelaskan tentang kutipan data daripada aplikasi mereka, tetapi tiada perician dinyatakan.

Pendedahan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya adakah amalan kutipan data yang dipraktikan Google ini tertakluk kepada GDPR (General Data Protection Regulation) yang diwujudkan bagi melindungi data pengguna.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY