Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube siri TV

Boleh Tonton Siri TV Percuma Di YouTube Tapi Ada Iklan

Diterbitkan Mac 23, 2022 oleh Anis Maisarah

YouTube merupakan sebuah aplikasi popular untuk menonton video muzik, vlog dan klip pendek bagi pengguna internet seluruh dunia.  Pada 23 Mac 2022, YouTube telah menawarkan penstriman percuma dengan sokongan iklan bagi beberapa siri TV untuk pengguna di Amerika Syarikat. Antara siri TV yang ditayangkan secara percuma ialah Hell’s Kitchen, Gone in 60 Seconds, Andromeda, Legally Blonde dan banyak lagi.

Secara puratanya terdapat lebih daripada 4000 episod pelbagai siri TV yang boleh ditonton secara percuma untuk pengguna Youtube dengan syarat mereka perlu menerima kehadiran iklan ketika menonton. Filem daripada Disney Media & Entertainment Distribution, Warner Bros, Paramount Pictures, Lionsgate, FilmRise serta banyak lagi syarikat produksi filem yang popular juga disertakan dalam penstriman percuma dengan sokongan iklan di Youtube ini.

Syarikat tersebut juga merancang untuk menambah sehingga 100 siri TV dan filem pada setiap minggu untuk dinikmati oleh pengguna. Siri TV atau filem yang tersedia wujud dalam 1080p definisi tinggi dengan audio bunyi stereo 5.1 pada peranti yang disokong. Tontonan boleh dilakukan melalui aplikasi YouTube yang diakses pada telefon pintar, televisyen pintar mahupun laman web.

Walau bagaimanapun, fungsi tersebut berkemungkinan besar tidak dapat digunakan oleh pengguna Youtube di Malaysia.

Sumber : YouTube

Baca juga :

  • YouTube Vanced Umum ‘Persaraan’, Pautan Muat Turun Akan Ditarik Balik
  • Cara Mematikan Ruangan Komentar Pada Youtube
  • Cara Untuk Padamkan Mod “Restricted” Pada Youtube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY