Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bimb mobile_1

Tiada Lagi SMS OTP, Transaksi Kad Bank Islam Guna BIMB Secure Mulai 15 Julai

Diterbitkan Julai 8, 2025 ยท Dikemas kini Julai 8, 2025 oleh Amalina Athman

Mulai 15 Julai 2025, pengguna kad Bank Islam tidak lagi akan menerima SMS OTP (One-Time Password) untuk pengesahan transaksi. Sebaliknya, semua transaksi kad dalam talian perlu disahkan melalui BIMB Secure.

Perlu diketahui, perubahan ini hanya melibatkan transaksi dalam talian sahaja. Jenis transaksi lain seperti pembelian di tempat jualan (POS) dan transaksi tanpa sentuh (contactless) tidak akan terjejas.

Dengan BIMB Secure di aplikasi BIMB Mobile, sistem akan menghantar push notification secara masa nyata ke peranti mudah alih berdaftar. Pengguna hanya perlu semak butiran yang dipaparkan, dan tekan “Authorize” untuk mengesahkan atau “Reject” untuk menolak transaksi tersebut.

Tiada Lagi SMS OTP, Transaksi Kad Bank Islam Guna BIMB Secure Mulai 15 Julai

Sekiranya aplikasi BIMB Mobile sedang menjalani penyelenggaraan, Bank Islam memaklumkan bahawa SMS OTP akan digunakan buat sementara waktu bagi memastikan transaksi dalam talian dapat diteruskan tanpa gangguan.

Menurut Bank Islam, langkah keselamatan yang dipertingkat ini bertujuan untuk memastikan transaksi dalam talian pengguna terus dilindungi daripada sebarang risiko penipuan.

Sebelum ini, Maybank dan CIMB Bank juga telah melaksanakan langkah serupa bagi menambah baik sistem pengesahan transaksi mereka.

Berkaitan

  • Transaksi Dalam Talian Kad Maybank Kini Sepenuhnya Guna Pengesahan Secure2u
  • Transaksi Dalam Talian Kad CIMB Guna SecureTAC Sepenuhnya Mulai 18 April
  • Aplikasi GO by Bank Islam Akan Ditamatkan 28 Jun Ini
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Beberapa Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Sementara Sabtu Ini

Sumber: Bank Islam (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY