Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad kredit cimb

Transaksi Dalam Talian Kad CIMB Guna SecureTAC Sepenuhnya Mulai 18 April

Diterbitkan April 15, 2025 · Dikemas kini April 15, 2025 oleh Amalina Athman

Bermula 18 April 2025, pengesahan SecureTAC menerusi aplikasi CIMB OCTO akan menggantikan sepenuhnya penggunaan SMS OTP (One-Time Password) bagi semua transaksi dalam talian yang melibatkan kad debit dan kredit bank itu.

Langkah ini melibatkan transaksi Card-Not-Present (CNP) 3D Secure (3DS) – iaitu transaksi dalam talian yang memerlukan pengesahan identiti pemegang kad.

Dengan pengesahan SecureTAC, pengguna hanya perlu meluluskan transaksi melalui satu sentuhan dalam aplikasi CIMB OCTO, menggantikan keperluan memasukkan kod enam digit SMS OTP seperti sebelum ini.

Sementara itu, dalam notis berasingan yang diumumkan sebelum ini, CIMB turut memaklumkan bahawa aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan pada 19 April 2025 – bermakna akses akaun melalui aplikasi itu tidak lagi akan tersedia selepas tarikh berkenaan.

Berkaitan

  • CIMB Biayai U Mobile Untuk Pelancaran Rangkaian 5G Kedua Negara
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Aplikasi CIMB Clicks Akan Ditamatkan Sepenuhnya Mulai 12 April 2025
  • CIMB Tangguh Perubahan Transaksi Google Pay Melebihi RM250, Saran Guna Kad Fizikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY