Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Hassalblad_

Tiada Lagi Hasselblad, OnePlus Umum DetailMax Engine

Diterbitkan September 8, 2025 ยท Dikemas kini September 8, 2025 oleh Amalina Athman

CEO OnePlus Pete Lau mengumumkan bahawa kerjasama lima tahun syarikat itu dengan jenama kamera terkenal, Hasselblad, kini berakhir. Sebaliknya, syarikat itu akan membangunkan enjin pengimejan sendiri.

Sebagai rujukan, kerjasama ini bermula dengan pelancaran siri OnePlus 9 pada 2021, di mana logo Hasselblad boleh dilihat pada model andalan OnePlus.

Sepanjang tempoh itu, Hasselblad bukan sekadar memberi nama, tetapi turut bekerjasama rapat dengan OnePlus dan OPPO untuk membangunkan algoritma kamera yang berjaya memperbaiki kelemahan utama telefon OnePlus yang kini dianggap sebagai salah satu kelebihan.

Dengan berakhirnya kerjasama itu, OnePlus kini memperkenalkan OnePlus DetailMax Engine, yang memfokuskan pada perincian dan kejelasan imej.

OnePlus DetailMax Engine

Menurut Pete Lau, idea ini tercetus hasil perbincangan bersama komuniti pengguna OnePlus. Sistem ini juga menjadi sebahagian daripada tumpuan syarikat itu terhadap teknologi computational imaging, yang menurutnya mampu memberikan “kedalaman dan realisme tiada tandingan”. Dakwanya, ia bukan lagi tentang kesan buatan atau imej “bulan palsu” yang sebenarnya tidak wujud.

Pengguna mungkin tidak perlu menunggu lama untuk melihat hasilnya. OnePlus biasanya memperkenalkan model baharu di China pada hujung tahun, sebelum dilancarkan untuk pasaran global.

Pada masa sama, OPPO baru sahaja melanjutkan kerjasama dengan Hasselblad. Langkah ini memperlihatkan hala tuju berbeza yang diambil oleh dua jenama Android di bawah kumpulan sama.

Berkaitan

  • Alert Slider OnePlus Akan Diganti Butang Baharu, Ini Fungsinya
  • Siri OnePlus Nord 5 Diperkenal Dengan Ciri 'Flagship', Harga Mampu Milik
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Skrin Telefon Pintar OnePlus Akan Datang Bakal Terima Naik Taraf Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY