Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 13

Skrin Telefon Pintar OnePlus Akan Datang Bakal Terima Naik Taraf Besar

Diterbitkan Ogos 13, 2025 oleh ariff bukhari

Ura-ura dari China mendakwa, OnePlus kini sedang menguji paparan dengan kadar segar 165Hz untuk telefonnya yang akan datang.

Ini bakal menjadikan satu peningkatan tertinggi yang belum pernah digunakan jenama itu sebelum ini pada skrin telefon pintar mereka.

Menariknya, menurut ura-ura itu, model kelas pertengahan telefon One Plus dijangka akan menjadi yang pertama menerima naik taraf ini, diikuti siri flagship kemudiannya.

Namun begitu, OnePlus mungkin akan turunkan resolusi paparan tapi diimbangi dengan kadar segar yang lebih tinggi. Panel ini dikhabarkan akan digunakan pada OnePlus 15 akan datang dengan resolusi 1.5K.

OnePlus 13_2
OnePlus 13 yang telah dilancarkan di Malaysia pada awal tahun ini dilengkapi paparan 2K ProXDR bersaiz 6.82-inci dengan kadar segar 120Hz.

Namun, sokongan perisian OxygenOS untuk permainan kadar segar tinggi adalah terhad.

Ini menimbulkan persoalan sama ada peningkatan kadar segar paparan kepada 165Hz sekadar untuk angka spesifikasi, memandangkan perbezaan visual antara 120Hz dan 165Hz sukar dibezakan dalam penggunaan harian.

Berkaitan

  • OnePlus 13 Kini Rasmi, Harga RM4,399
  • Siri OnePlus Nord 5 Diperkenal Dengan Ciri 'Flagship', Harga Mampu Milik
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY