Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri OnePlus Nord 5 Diperkenal Dengan Ciri ‘Flagship’, Harga Mampu Milik

Posted on Julai 9, 2025Julai 9, 2025

OnePlus secara rasminya melancarkan 2 model baharu dalam siri Nord iaitu OnePlus Nord 5 dan OnePlus Nord CE5.

Dikuasakan cip Snapdragon 8s Gen 3, Nord 5 menjadi model Nord paling berkuasa setakat ini.

Ia dilengkapi dengan paparan AMOLED 144Hz, sistem penyejukan Cryo-Velocity VC dan bateri besar 6800mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W serta sistem  OnePlus AI dan sokongan Google Gemini.

Ciri kamera utama termasuk kamera hadapan 50MP dan kamera utama belakang 50MP LYT-700 yang menyokong rakaman video 4K 60fps dan Live Photo Ultra HDR.

Reka bentuk Nord 5 menampilkan Corning Gorilla Glass 7i dan datang dalam tiga warna premium: Marble Sands, Dry Ice, dan Phantom Grey.

Sementara itu, Nord CE5 pula dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8350 Apex,  bateri besar 7100mAh, skrin OLED 120Hz dan kamera utama Sony 50MP dengan algoritma RAW HDR OnePlus 13.

Ia juga menyokong rakaman video 4K 60fps dan storan yang boleh ditambah kapasitinya sehingga 1TB.

Kedua-dua model Nord ini dilengkapi ciri AI seperti AI Call Assistant, AI VoiceScribe, serta rekaan tahan lasak dan prestasi gaming dipertingkat.

OnePlus Nord 5 kini tersedia dalam 3 pilihan warna iaitu Phantom Grey, Dry Ice dan Marble Sands.

Manakala OnePlus Nord CE5 pula  tersedia dalam warna Marble Mist dan Black Infinity.

Prapesanan Siri Nord 5 ini bermula dari 8 sehingga 18 Julai pada harga runcit yang disyorkan RM2,299 bagi Nord 5 (RAM12GB+ storan 512GB) dan RM1,499 bagi OnePlus Nord CE5 (8GB+256GB).

Pelanggan yang membuat prapesanan ke atas OnePlus Nord 5 akan turut mendapat secara percuma penyesuai kuasa OnePlus 80W yang bernilai RM139 dan OnePlus Nord Buds 3 bernilai RM249. (Untuk prapesanan OnePlus Nord CE5, anda boleh dapatkan OnePlus Nord Buds 3 pada harga RM100).

Beli Siri OnePlus Nord 5 dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmt8az
  • Lazada – https://invl.me/clmt8aw

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress