Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Alert Slider OnePlus Akan Diganti Butang Baharu, Ini Fungsinya

Alert Slider OnePlus Akan Diganti Butang Baharu, Ini Fungsinya

Diterbitkan Mei 28, 2025 oleh Amsyar Latif

OnePlus akan menggantikan butang Alert Slider ikoniknya dengan butang baharu yang boleh diubah suai, dikenali sebagai Plus Key, bermula dengan model OnePlus 13s di India.

Butang ini bukan sahaja boleh meniru fungsi Alert Slider, tetapi juga mengaktifkan ciri AI baharu seperti Plus Mind, yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat penting di skrin secara pintar ke dalam ruang khas dipanggil Mind Space. Mirip essential space dalam telefon pintar Nothing dan CMF.

 

Alert Slider OnePlus Akan Diganti Butang Baharu, Ini Fungsinya

Ciri ini akan diperluaskan ke model OnePlus 13 dan 13R tanpa butang fizikal. Selain itu, OnePlus memperkenalkan pelbagai fungsi AI termasuk:

  • AI VoiceScribe: Rakaman, ringkasan dan terjemahan panggilan/mesyuarat (pasaran India sahaja)
  • AI Call Assistant: Ringkasan dan terjemahan masa nyata semasa panggilan (pasaran India sahaja)
  • AI Translation: Gabungan semua keupayaan terjemahan dalam satu aplikasi
  • AI Search: Carian pintar dengan pertanyaan bahasa semula jadi
  • AI Reframe: Pelarasan komposisi foto secara automatik
  • AI Best Face 2.0: Perbaiki ekspresi dalam gambar berkumpulan, termasuk foto dari peranti lain (akan datang musim panas ini)

OnePlus turut menekankan pemprosesan di peranti (on-device) untuk privasi, serta penggunaan Private Computing Cloud untuk tugas AI yang lebih berat.

Tiada tarikh rasmi diumumkan untuk pelancaran global ciri AI ini buat masa sekarang.

Berkaitan

  • Siri OnePlus 13 Akan Menerima Sokongan Kemas Kini Sehingga 6 Tahun
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Google Uji Mod 'Split-Screen' Baharu, Mirip Ciri Open Canvas OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY