Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Thailand Anjur Festival UFO Pertama Februari Ini

Thailand Anjur Festival UFO Pertama Februari Ini

Diterbitkan Januari 29, 2026 · Dikemas kini Januari 29, 2026 oleh ariff bukhari

Thailand bakal menganjurkan festival UFO pertama, UFO Days, pada 13–15 Februari 2026 di Khun Dan Prakan Chon Dam, Nakhon Nayok.

Acara ini dianjurkan oleh Tourism Authority of Thailand (TAT) sebagai sebahagian strategi “Value over Volume” yang menekankan pengalaman berkualiti berbanding jumlah pelancong.

Festival ini menggabungkan sains, kepercayaan, dan misteri luar angkasa, menarik minat penggemar astronomi, pencinta fenomena UFO, serta pelancong yang mencari pengalaman unik.

Aktiviti yang bakal diadakan termasuk pemerhatian langit malam, forum perbincangan, serta program berkaitan teknologi angkasa dan misteri extraterrestrial.

Lokasi dam yang tenang pada waktu malam dipilih untuk mencipta suasana dramatik.

Nakhon Nayok sendiri terkenal dengan Khao Kala, digelar “Area 51 Asia”, yang sering dikaitkan dengan penampakan UFO.

Festival ini bukan sekadar hiburan, tetapi usaha Thailand memposisikan diri sebagai destinasi pelancongan dengan, memperkenalkan subkultur baru dan memperluas demografi pelancong.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Ciri 'Pelik' Windows Ini Menarik Tapi Ramai Tak Guna
  • Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY