Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh

Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh

Diterbitkan Januari 28, 2026 · Dikemas kini Januari 28, 2026 oleh ariff bukhari

Ramai pengguna Android sering berdepan masalah storan penuh, terutama apabila ingin memuat turun aplikasi baharu, mengambil gambar atau mengemas kini sistem.

Walaupun kita sudah memadam aplikasi dan fail, namun ruang storan peranti tetap terasa sempit kerana terdapat data tersembunyi yang tidak kelihatan.

Malah proses membuang gambar atau video dari peranti pula melecehkan kerana ia mengambil masa yang lama untuk dipilih.

Jadi, bagi menyelesaikan isu ini, pengguna telefon Android boleh menggunakan aplikasi Files by Google.

Aplikasi ini bukan sahaja bertindak sebagai pengurus fail, malah ia juga menawarkan fungsi pembersihan storan.

Ia boleh mengesan fail pendua, lambakan imej tidak penting, serta fail cache yang memakan ruang.

Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh

Jika anda belum memasangnya, anda boleh memuat turun aplikasi Files ini sekarang dari Google Play Store.

Selepas memasangnya, ikuti langkah berikut untuk anda membersihkan storan peranti Android anda dengan menggunakan Files by Google:

  • Ketik menu tiga baris dan pilih Clean.

WhatsApp Image 2026-01-27 at 15.25.48

  • Pilih Clean daripada menu sebelah kiri.

WhatsApp Image 2026-01-27 at 15.26.04

  • Di sini anda akan dapat lihat pilihan fail yang boleh dipadam termasuklah Junk files, Delete memes, Delete duplicates dan banyak lagi.

WhatsApp Image 2026-01-27 at 15.34.26

  • Sebagai contoh, di bahagian Delete duplicates, tandakan pada All duplicate setelah anda teliti dan bersedia untuk pindahkan fail ke tong sampah.

Screenshot 2026-01-28 100838

  • Kemudian di bahagian Bin, tandakan pada pilihan All items dan ketik butang Delete untuk memadam semua kandungan dalam Bin tersebut.
Screenshot 2026-01-28 101210
Screenshot 2026-01-28 101418

Dengan beberapa langkah mudah ini, anda sudah boleh menjimatkan beberapa gigabait storan tanpa risiko kehilangan data penting.

Membersihkan storan secara berkala bukan sahaja memberi ruang tambahan, malah menjadikan telefon lebih pantas dan responsif.

Ia juga memastikan anda tidak lagi menerima amaran “storan penuh” ketika memerlukan ruang untuk aplikasi atau gambar baharu.

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Cara Tonton Pelbagai Saluran TV/Radio Tempatan Di Telefon Pintar Dan TV Android Rumah Anda
  • Ciri 'Pelik' Windows Ini Menarik Tapi Ramai Tak Guna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY