Walaupun Windows 11 tampil dengan rekaan moden dan fokus produktiviti, Microsoft masih menyimpan satu ciri klasik yang agak unik yang dikenali sebagai Title Bar Window Shake.
Fungsi ini sebenarnya berasal daripada era Windows Aero iaitu pada tahun 2006 dahulu lagi di mana ia membolehkan pengguna mengecilkan semua tetingkap lain hanya dengan menggoncang satu tetingkap utama menggunakan tetikus.
Cara kerjanya mudah tetapi berkesan.
Apabila desktop dipenuhi pelbagai aplikasi, pengguna hanya perlu klik dan pegang bar tajuk tetingkap yang ingin difokuskan, kemudian goncangkannya ke kiri dan kanan.
Dalam sekelip mata, semua tetingkap lain akan di minimize, menjadikan kerja lebih tersusun dan fokus tidak terganggu.
Ciri anda perlu mengaktifkannya kerana ciri ini dimatikan secara lalai dalam Windows 11.
Jadi, untuk mengaktifkan ciri ini, anda perlu melalui Settings > System > Multitasking, kemudian hidupkan pilihan Title Bar Window Shake.

Untuk kembalikan semua tetingkap semula, anda hanya goncangkan tetingkap yang dipaparkan pada skrin anda.
Walaupun kelihatan remeh, fungsi ini sebenarnya sangat berguna bagi mereka yang kerap bekerja dengan banyak aplikasi serentak.
{suggest}
