Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Polis robot Thailand

Thailand Guna Polis Cyborg Dikuasa AI Kawal Sambutan Pesta Songkran

Diterbitkan April 22, 2025 oleh ariff bukhari

Pada 16 April lepas , Polis Diraja Thailand  telah memperkenalkan robot polis yang dikenali sebagai “AI Police Cyborg 1.0”.

Ia merupakan robot polis pertama negara itu yang ditempatkan di Jalan Tonson, Daerah Muang semasa sambutan Pesta Songkran bagi mengawal keselamatan pengunjung di pesta itu.

Robot ini dibangunkan bersama oleh beberapa agensi termasuk Polis Wilayah Nakhon Pathom dan Majlis Perbandaran Nakhon Pathom.

Polis Diraja Thailand dalam laman Facebook rasmi mereka menyatakan, robot ini dilengkapi dengan teknologi canggih termasuk akses kepada CCTV, dron, dan kamera 360 darjah dengan pengecaman wajah, analisis tingkah laku, pengesanan senjata, serta amaran senarai hitam.

Polis robot Thailand 1
Polis robot Thailand 2

Ia juga boleh membezakan pistol air daripada senjata sebenar dan mengenal pasti tingkah laku ganas.

Robot ini disambungkan terus ke Pusat Komando dan Kawalan wilayah bagi meningkatkan keselamatan semasa acara besar.

Namun, disebalik kecanggihan teknologi ini, wujud kebimbangan tentang potensi penyalahgunaan, terutamanya dengan rekod buruk pihak berkuasa terhadap aktivis di Thailand.

Malah, robot Thailand ini belum dilihat bergerak, sekali gus membangkitkan persoalan tentang keupayaannya.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Ucap "Terima Kasih" Dan 'Tolong" Pada ChatGPT Rupanya Membazirkan Jutaan Dolar
  • CATL Lancar Bateri EV Terbaru Cas Sepantas Isi Petrol

Sumber: Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY