Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP

Ucap “Terima Kasih” Dan ‘Tolong” Pada ChatGPT Rupanya Membazirkan Jutaan Dolar

Diterbitkan April 21, 2025 · Dikemas kini April 22, 2025 oleh ariff bukhari

Walaupun kelihatan remeh, para pakar percaya bahawa kesopanan memainkan peranan penting dalam membentuk interaksi dengan AI.

Pengurus reka bentuk Microsoft, Kurtis Beavers, menyatakan bahawa penggunaan bahasa hormat membantu AI memberikan maklum balas yang lebih sopan dan kolaboratif.

Walau bagaimanapun, CEO OpenAI, Sam Altman, baru-baru ini mendedahkan bahawa berkata-kata dengan sopan seperti mengucapkan “tolong” dan “terima kasih” terhadap AI CharGPT menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian berjuta-juta dolar.

Pendedahan itu dibuat semasa beliau menjawab pertanyaan seorang pengguna di X yang bertanyakan berapa banyak wang yang hilang kerana kesopanan ini, dan Altman menjawab ia bernilai “puluhan juta dolar yang dibelanjakan dengan baik.”

https://x.com/tomieinlove/status/1912287012058722659

Model AI generatif seperti ChatGPT menggunakan algoritma ramalan yang kompleks dan memerlukan banyak data serta tenaga elektrik untuk berfungsi.

Satu tinjauan pada akhir 2024 mendapati bahawa 67% pengguna AI di AS bersikap sopan terhadap chatbot, dengan 55% mengatakan ia adalah kerana “itu perkara yang betul untuk dilakukan”, dan 12% melakukannya untuk “menyenangkan algoritma” sekiranya berlaku pemberontakan AI di masa depan.

Walaupun idea AI memberontak itu lucu, kesan alam sekitar daripada penggunaan AI sangat nyata.

Kajian oleh Universiti California dan The Washington Post menunjukkan bahawa menghasilkan e-mel 100 patah perkataan menggunakan AI memerlukan 0.14 kilowatt-jam elektrik—cukup untuk menyalakan 14 lampu LED selama sejam.

Jika seseorang menghantar satu e-mel AI seminggu selama setahun, itu bersamaan dengan 7.5 kWh—sama dengan penggunaan tenaga sembilan rumah di Washington, DC selama sejam.

Dengan jumlah pertanyaan harian yang sangat besar, penggunaan tenaga secara keseluruhan oleh sistem AI adalah sangat tinggi.

Malah, pusat data yang menggerakkan chatbot ini kini menyumbang sekitar 2% daripada jumlah penggunaan tenaga dunia, dan angka ini dijangka meningkat dengan pesat apabila AI menjadi semakin sebati dalam kehidupan seharian.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Redmi A5 Tiba Di Malaysia, Telefon Bajet Terbaru Serendah RM299
  • Beijing Jadi Pentas China Uji Ketahanan Robot Humanoid Dalam Separuh Maraton

Sumber: The Times of India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY