Kebanyakkan model telefon pintar moden kini tersedia hadir bersama dengan pengecas berkuasa, khususnya model-model telefon pintar premium dan flagship.
Walau bagaimanapun, pengeluar-pengeluar telefon pintar juga sekarang ini didapati semakin berjimat dengan trend tidak menyertakan sekali pengecas telefon pintar di dalam kotak bagi model-model terkini.
Sebagai contoh, Apple, Samsung dan beberapa lagi pengeluar lain seperti Google dan Nothing sudah tidak lagi menyertakan pengecas untuk telefon yang dijual mereka.
Alasan yang paling jelas digunakan mereka adalah ia sebagai usaha memulihara alam sekitar dengan penggunaan bahan pembungkusan yang diminimumkan serta mengurangkan penghasilan sisa elektronik.
Malah, jika ada pun tersedia di dalam kotak, pengecas yang diberikan itu mungkin berkuasa rendah yang memerlukan masa yang lama untuk mengecas telefon pintar anda.
Jadi, di sini dicadangkan 5 pengecas berkuasa tinggi yang ada di pasaran sebagai pengecas alternatif untuk telefon pintar anda.
1. Baseus Palm 65W PD
Dengan pengecas yang sudah terjual lebih daripada 1,600 unit di Shopee dan menerima ulasan 5 bintang yang sangat positif di Shopee dan Lazada, pengecas Baseus Palm 65W PD USB-C ini tidak lagi perlu dipertikaikan lagi keupayaannya.
Baseus Palm 65W PD USB-C yang berharga dari RM86 ini boleh dibeli dari stor rasmi Baseus di:
- Shopee – https://invl.io/clmdylm
- Lazada – https://invol.co/clmdylv
2. Anker Zolo PD 30W
Jika anda mencari pengecas berkuasa tapi pada harga bajet, Anker Zolo PD 30W patut berada dalam senarai anda.
Antara ciri utamanya adalah ia dilengkapi teknologi GaN II yang membolehkannya direka dalam bentuk kecil tapi berkuasa tinggi.

Anker Zolo PD 30W yang berharga serendah RM14 (ketika kempen Shocking Sale) boleh dibeli di stor rasmi:
- Shopee – https://invl.io/clmdytb
- Lazada – https://invol.co/clmdyv8
3. UGREEN Nexode Pro GaN 100W
Untuk pengecas ke-3 ini dicadangkan kepada model pengecas yang lebih berkuasa tinggi.
Salah satunya adalah dari jenama UGREEN model 100W GaN Nexode Pro.
Pengecas berkuasa tinggi ini dilengkapi dengan 3 port pengecasan yang membolehkan anda mengecas 3 peranti sekaligus termasuklah komputer riba, telefon pintar, tablet dan lain-lain.
Beralih kepada pengecas yang lebih berkuasa, harga jualannya juga sudah tentulah lebih tinggi.
UGREEN Nexode Pro GaN 100W ini berharga RM247. Tapi jika bajet anda kurang dari RM200, anda boleh dapatkan UGREEN Nexode Pro GaN 65W yang berharga RM197 yang tersedia di stor rasmi:
- Shopee – https://invl.io/clmfcsm
- Lazada – https://invol.co/clmfcus
4. Rocoren GaN 200W 8 Ports
Jika pengecas 100W masih belum cukup berkuasa dan pada masa yang sama anda mahukan lebih banyak port untuk mengecas peranti serentak, pengecas dari jenama Rocoren model GaN 200W dengan 8 port pengecasan adalah pilihan paling sesuai untuk anda.
Malah pada harga serendah RM118.57 sahaja (promosi harga terendah di Shopee), ia sememangnya pembelian yang berbaloi untuk kegunaan anda.
Beli Rocoren GaN 200W 8 Ports dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.io/clmfd61
- Lazada – https://invol.co/clmfd6a
5. UGREEN 300W Max Nexode Pro Charger
Pengecas berkuasa tinggi ke-5 yang dicadangkan dalam senarai ini adalah daripada jenama UGREEN menerusi model 300W Max Nexode Pro Charger.
Pengecas berkuasa tinggi ini juga tersedia dengan 5 port yang menyokong 5 peranti dicas serentak.

Anda berpeluang membeli pengecas ini pada harga serendah RM689.97 (pada promosi harga terendah di Shopee).
Beli pengecas UGREEN Max Nexode Pro Charger 300W dari stor rasmi:
- Shopee – https://invl.io/clmfe03
- Lazada – https://invol.co/clmfe0j
Selain daripada senarai di atas, anda boleh memilih sendiri barisan model pengecas telefon pintar yang bersesuaian mengikut keperluan anda secara dalam talian dari stor rasmi di platform:
- Shopee – https://invl.io/clmfe1f
- Lazada – https://invol.co/clmfe28
{suggest}