Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Model Y L Premium 4

Tesla Model Y L Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM260 Ribu

Diterbitkan April 1, 2026 ยท Dikemas kini April 1, 2026 oleh ariff bukhari

Tesla hari ini secara rasminya melancarkan Model Y L, EV terbaru untuk pasaran Malaysia.

Hanya ditawar dalam varian Premium, sekali gus menjadikan Model Y L Premium varian paling mewah dalam barisan Tesla Model Y.

Direka dengan konfigurasi 6 tempat duduk, ia sesuai untuk keluarga dan perjalanan jarak jauh.

Dimensinya lebih panjang (4976mm) dengan jarak roda 3040mm, memberikan ruang dalaman yang luas untuk keselesaan.

Dari segi prestasi, ia menggunakan pacuan semua roda dengan prestasi pecutan 0โ€“100 km/j dalam 5 saat, jarak perjalanan sehingga 681km, serta suspensi adaptif untuk pengalaman pemanduan lebih stabil.

Tesla Model Y L Premium
Tayar Model YL ini berbeza lebar antara depan dan belakang.

Bahagian dalaman menampilkan skrin sentuh 16โ€ di hadapan dan 8โ€ di belakang, tempat duduk barisan kedua dan ketiga dengan fungsi kuasa, pemanas serta sokongan kaki boleh laras.

Tesla Model Y L Premium 1
Model Y L turut dilengkapi sistem audio premium dengan 18 pembesar suara dan subwoofer untuk hiburan berkualiti tinggi.
Tesla Model Y L Premium 2
Ruang kargo Model Y L sehingga 2,539L.

Tersedia dalam warna Stealth Grey, tapi pelanggan juga ditawar dengan pilihan warna lain termasuklah Pearl White; Diamond Black; Glacier Blue; Ultra Red dan Cosmic Silver.

Tesla Model Y L Premium 3
Standard kemasan warna dalaman adalah hitam, tapi pelanggan juga ditawar dengan pilihan warna Zen Grey Premium.

Tesla Model Y L Premium ditawar di Malaysia pada harga RM260,000 dengan jangkaan pelanggan akan menerima EV ini pada suku ke-2 2026.

WhatsApp Image 2026-04-01 at 11.29.29

Selain pelancaran Model Y L Premium, Tesla Malaysia turut mengumumkan harga jualan bagi Model 3 pada harga lebih mampu milik di mana ia kini hanya bermula dari RM147,600.

WhatsApp Image 2026-04-01 at 11.30.37

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Tesla Supercharger Kini Boleh Digunakan EV Bukan Tesla Di Malaysia, Bermula Di Empat Lokasi
  • Harga RAM DDR5 Dilaporkan Mula Menurun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY