Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla

Tesla Supercharger Kini Boleh Digunakan EV Bukan Tesla Di Malaysia, Bermula Di Empat Lokasi

Diterbitkan Mac 4, 2026 oleh Amsyar Latif

Rangkaian pengecas pantas Tesla Supercharger di Malaysia kini boleh digunakan oleh kenderaan elektrik (EV) daripada jenama lain. Walau bagaimanapun, akses ini buat masa ini hanya tersedia di beberapa lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang.

Memetik laporan paultan.org, setakat ini, terdapat empat lokasi Supercharger yang menyokong pengecasan untuk EV bukan Tesla iaitu di i-City Finance Avenue (Shah Alam), Pavilion Kuala Lumpur, IOI City Mall Putrajaya dan Gamuda Cove di Dengkil.

Bagi pengguna EV bukan Tesla, kadar pengecasan yang dikenakan adalah sekitar RM1.80 per kWh, berbeza dengan pengguna Tesla iaitu serendah RM1.02/kWh. Selain itu, caj kesesakan sehingga RM2.00 seminit turut boleh dikenakan sekiranya kenderaan kekal berada di stesen selepas pengecasan selesai ketika lokasi tersebut sibuk.

Rangkaian Tesla Supercharger lazimnya menawarkan kuasa pengecasan sehingga 250 kW dan menggunakan penyambung CCS2, yang merupakan standard pengecasan yang digunakan oleh kebanyakan model EV di Malaysia.

Tesla Supercharger Kini Boleh Digunakan EV Bukan Tesla Di Malaysia, Bermula Di Empat Lokasi
Tesla Supercharger Kini Boleh Digunakan EV Bukan Tesla Di Malaysia, Bermula Di Empat Lokasi

Untuk menggunakan kemudahan ini, pemilik EV bukan Tesla perlu memuat turun aplikasi Tesla, selesaikan pendaftaran akaun, tekan “Charge Your EV”  dan cari lokasi Supercharger yang menyokong pengecasan EV bukan Tesla.

Langkah ini juga selaras dengan syarat yang dikenakan kepada Tesla di bawah program BEV Global Leaders, yang mewajibkan sekurang-kurangnya 30% rangkaian pengecas pantas DC syarikat tersebut dibuka kepada kenderaan elektrik daripada pengeluar lain.

Dengan pembukaan ini, pemilik EV di Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan pengecasan pantas, sekali gus membantu menyokong perkembangan ekosistem mobiliti elektrik tempatan.

Berkaitan

  • Tesla Atasi EV China Dalam Ujian ADAS Di Negara Sendiri
  • Disebalik Lonjakan EV, Loji Arang Batu Bertambah Di China
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY