Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga RAM DDR5 Dilaporkan Mula Menurun

Harga RAM DDR5 Dilaporkan Mula Menurun

Diterbitkan Mac 30, 2026 ยท Dikemas kini Mac 30, 2026 oleh ariff bukhari

Harga RAM DDR5 yang sebelum ini melonjak akibat permintaan tinggi daripada syarikat AI kini menunjukkan tanda penurunan.

Laporan menyebut, faktor utama penurunan ini berlaku selepas kegagalan OpenAI membeli 40% bekalan wafer DRAM dunia daripada Samsung dan SK Hynix, sekali gus mengurangkan tekanan pasaran.

Selain itu, Google yang baru saja memperkenalkan algoritma yang dikenali sebagai TurboQuant juga turut mempangruhi harga pasaran DRAM dunia.

TurboQuant ialah algoritma baharu yang direka untuk menjadikan model bahasa besar (LLM) dan enjin carian vektor lebih cekap dari segi memori tanpa menjejaskan ketepatan.

Ia dikatakan mampu mengurangkan keperluan memori sehingga enam kali ganda, menjadikan penggunaan DRAM lebih efisien.

Pada penghujung 2025 yang lalu, harga RAM melonjak kerana syarikat teknologi besar memborong DRAM dan NAND, menyebabkan komponen PC lebih mahal daripada konsol permainan.

Tapi kini, berdasarkan data daripada PCPartPicker menunjukkan harga beberapa model mula stabil.

Contohnya, Corsair Vengeance 32GB DDR5 turun daripada USD439 kepada USD379 di Amazon, dengan penurunan serupa di Newegg dan platform lain.

Walau bagaimanapun, penurunan harga ini mungkin hanya kelegaan sementara.

Ini kerana, jika permintaan AI kembali meningkat, harga boleh melonjak naik semula.

Jadi, sementara pasaran memori sedang seimbang dengan harga lebih berpatutan, ini adlah masa terbaik kepada pengguna PC yang ingin mendapatkan RAM berprestasi tinggi.

Berkaitan

  • Gigabyte Lancar Memori AORUS DDR5 5200MHz 32GB
  • China Perkenal RAM DDR5 Baru Berkelajuan Tinggi Untuk PC Dan Peranti Pintar
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY