Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-01T101054.983

Tesla Cybertruck Kini Rasmi, Jarak Pemanduan Sehingga 547km

Diterbitkan Disember 1, 2023 · Dikemas kini Disember 1, 2023 oleh Muhd Idham

Setelah 4 tahun penantian Tesla Cybertruck semenjak pemberitahuan mulanya fasa pembinaan pada November 2019, Elon Musk kini telah mengumumkan ketersediaannya apabila kira-kira satu dozen unit Cybertruck dihantar ke ibu pejabat Tesla di Austin, Texas semalam.

Rear-Wheel Drive Cybertruck

Walau bagaimanapun, harga trak EV versi pacuan roda belakang (rear-wheel drive) itu telah meningkat daripada harga jangkaan yang diperkatakan pada 2019 iaitu USD39,900 (~RM186,313.05) kepada USD60,990 (~RM284,792.80). Versi itu dijangka dapat bergerak sejauh 250 batu atau 400km dengan pengecasan penuh. Namun begitu, versi ini tidak akan tersedia sehingga tahun 2025.

Screenshot 2023-12-01 093819

Berdasarkan kenyataan daripada laman web rasmi Tesla di atas, hanya Tesla Cybertruck versi pacuan semua roda (all-wheel drive) dan Cyberbeast sahaja yang akan dihantar kepada pengguna yang telah membuat pra-tempah.

 All-Wheel Drive Cybertruck

Versi AWD ini pula akan tersedia dengan harga permulaannya iaitu USD79,990 (~RM373,513.30). Trak ini juga dikatakan dapat bergerak sejauh 340 batu (547 km) dan mencapai kelajuan 60 mph (97 kmh) dalam 4.1 saat serta had laju maksima iaitu 110 mph (177 kmh).

Cyberbeast Cybertruck

Dalam pada itu, Cyberbeast pula akan tersedia dengan harga permulaan USD99,990 (~RM466,903.30). Versi ini dikatakan berkemampuan untuk bergerak dengan kelajuan 845 kuasa kuda dan mencapai jarak sejauh 320 batu (514 km) sambil memikul berat bersih trak itu sebanyak 10,296 lb-ft.

Sehubungan dengan permintaan yang akan meningkat dan dijangka oleh pihak Tesla terhadap Cybertruck, mereka akan berusaha untuk menghasilkan sebanyak 250,000 unit menjelang tahun 2025.

Hal ini dibuktikan oleh Elon Musk berkenaan dengan carta permintaan Cybertruck yang mengandungi ringkasan sebanyak lebih 1 juta orang telah membayar deposit USD100 (~RM466.95) untuk menempah trak EV ini.

Gambar di bawah adalah antara ciri luaran dan dalaman yang dijual berasingan dengan Cybertruck.

Screenshot 2023-12-01 153330
Screenshot 2023-12-01 153351

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • AC Syndicate Percuma Untuk Masa Terhad, Ini Cara Tebus
  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • SpaceX Sasar Uji Sistem Selular Starlink Dengan 840 Satelit

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY