Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Lagi Internet Pantas Tanpa Had, Starlink Mungkin Perkenalkan Had Data

SpaceX Sasar Uji Sistem Selular Starlink Dengan 840 Satelit

Diterbitkan Disember 1, 2023 oleh ariff bukhari

SpaceX dilaporkan mensasarkan untuk menguji sistem selular Starlink merek seawal bulan depan yang akan disambungkan menerusi 840 satelit.

Menurut pemfailan FCC (Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan), syarikat itu memfailkan permohonan untuk lesen percubaan minggu ini kerana FCC terus memikirkan sama ada akan memberi SpaceX kebenaran penuh untuk mengendalikan perkhidmatan komunikasi satelit ke selular di tengah-tengah kebimbangan mengenai gangguan.

SpaceX meminta “kebenaran khas sementara” untuk menjalankan ujian bermula pada 10 Disember melalui tempoh yang berlangsung selama 180 hari.

Matlamatnya adalah untuk menguji sistem dengan kerjasama T-Mobile menggunakan spektrum radio berlesen untuk memancarkan sambungan satelit kepada 2,000 peranti ujian.

Sebelum ini telah dilaporkan SpaceX menyasarkan pelancaran perkhidmatan selular seawal tahun depan dengan matlamat untuk mengendalikan teknologi itu menerusi 7,500 satelit.

Tetapi kebimbangan mengenai satelit yang menghasilkan gangguan radio dengan penyedia perkhidmatan dan syarikat satelit lain nampaknya telah melambatkan SpaceX daripada menerima pelepasan FCC.

Berkaitan

  • Starlink Sedia Tawar Servis Selular Pada Tahun Depan
  • Johor Akan Naik Taraf Jalan Guna Teknologi 'Glow In The Dark'
  • iOS 17.1.2 Kini Tersedia Dengan Dua Tampalan Keselamatan Penting

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY