Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple sideloading

Terpaksa Benarkan ‘Sideloading’ iPhone, Apple Kata Ini Salah Faham Mengenainya

Diterbitkan November 21, 2023 · Dikemas kini November 21, 2023 oleh Amalina Athman

Minggu lalu, Apple mengakui bahawa ia terpaksa membenarkan sideloading atau pemuatan sisi aplikasi pada iPhone, sekurang-kurangnya untuk negara Eropah bagi memenuhi Akta Pasaran Digital (DMA).

Namun, perkara itu nampaknya membuatkan Ketua Kejuruteraan dan Seni Bina Apple, Ivan Krstić kurang gembira. Menurutnya, terdapat “salah faham besar” mengenai pemuatan sisi.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Apple Dijangka Benarkan 'Sideloading' Tahun Depan, Tapi Bukan Untuk Semua
  • Apple Akhirnya Mengalah, iPhone Akan Sokong RCS Tahun Depan

Walaupun Suruhanjaya Eropah percaya langkah ini akan membawa kepada persaingan yang adil, Apple dan Krstić sangat tidak bersetuju. Dalam temu bual dengan The Independent, Krstić berkata idea bahawa pengguna diberi pilihan tambahan, termasuk pilihan untuk kekal dengan App Store dan mengekalkan perlindungan, adalah tidak benar.

Krstić mengatakan pihaknya telah berulang kali menjelaskan mengenai perkara itu.

The reality of what the alternative distribution requirements enable is that software that users in Europe need to use…. may only be available outside of the store, alternatively distributed.

Dengan pelaksanaannya nanti, ia tidak hanya memberi kelebihan kepada pengguna, tetapi untuk pembangun juga. Kelak, pembangun mempunyai pilihan untuk menawarkan aplikasi melalui pemuatan sisi, atau secara rasmi di App Store yang sudah tentunya memerlukan pembangun membayar yuran kepada Apple.

In that case, those users don’t have a choice to get that software from a distribution mechanism that they trust. And so, in fact, it is simply not the case that users will retain the choice they have today to get all of their software from the App Store.”

Dalam kes ini, pengguna mungkin tidak mempunyai pilihan untuk mendapatkan aplikasi tertentu melalui mekanisme pengedaran yang dipercayai dan lebih selamat.

Bahasa mudahnya, ia mungkin lebih menguntungkan pembangun berbanding pengguna itu sendiri.

Sumber: The Information via Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY