Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple CarPlay_HeyCar

Proton Kelak Akan Dilengkapi Sokongan Apple CarPlay, Android Auto

Diterbitkan November 24, 2023 · Dikemas kini November 24, 2023 oleh Amalina Athman

Bagi Proton S70 yang akan dilancarkan minggu depan, syarikat itu secara tidak langsung memaklumkan ia belum dilengkapi dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto (AACP). Sebaliknya didatangkan dengan infotainment head unit (IHU) bersama Atlas OS yang diberi peningkatan.

Akan tetapi, Ketua Pengurusan Projek di ACO Tech Sunny Wang telah mengesahkan Proton dalam usaha untuk menawarkannya.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Tempah smart #1 Sekarang Dan Dapatkan Pakej Bernilai Lebih RM6 Ribu Secara Percuma
  • 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah smart #1

Menurutnya, integrasi AACP dalam sistem tersebut sedang dibangunkan, dan dijangka tidak mengambil masa terlalu lama untuk ditawarkan dalam model kenderaan Proton kelak.

Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah turut menjelaskan, cip untuk IHU berkenaan memerlukan perubahan untuk menyokong AACP – yang bermakna tidak hanya melibatkan kemas kini perisian, tetapi penambahan peralatan atau peranti.

Ketika ini, pihak Proton masih berbincang dengan Google dan Apple untuk menjalinkan kerjasama. Jelasnya, agak sukar untuk pihak Proton mendapatkan lesen berbanding pengeluar lain, ditambah pula dengan faktor geopolitik antara AS dan China.

Secara ringkas, perkhidmatan dari Google, Meta dan aplikasi syarikat teknologi AS tidak ditawarkan di China. Pengguna di China sebaliknya menggunakan produk mereka sendiri sebagai alternatif, begitu juga integrasi perisian dalam kebanyakan jenama kenderaan di negara itu – dengan Geely tidak terkecuali.

Walaupun begitu, pihak Proton-ACO Tech masih dalam usaha untuk menawarkan AACP dalam model kenderaannya.

Sumber: Paultan.org

Gambar utama: HeyCar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY