Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Watch X Dijangka Ada Rombakan Besar Dengan Sistem Tali Jam Baharu

Posted on Ogos 14, 2023Ogos 14, 2023

Apple dilaporkan merancang untuk melakukan rombakan besar Apple Watch bagi meraikan ulang tahun ke-10 peranti itu kelak.

{suggest}

Dalam buletin terkini Power On, Mark Gurman berkata Apple merancang untuk mengeluarkan model “Apple Watch X” sempena ulang tahun ke-10 peranti itu, sama seperti iPhone X yang dilancarkan pada 2017 bagi meraikan ulang tahun ke-10 iPhone.

Namun, mengambil kira Apple Watch keluaran pertama diumumkan pada 2014 dan dijual pada 2015, tidak dapat dipastikan jika Apple Watch X akan dikeluarkan pada 2024 atau 2025.

Kerangka lebih nipis

Dengan model X ini, Apple dikatakan akan menghasilkan kerangka jam yang lebih nipis. Terdapat kemungkinan Apple akan memperkenal mekanisme yang berbeza untuk menyambungkan tali jam pada peranti.

Sejak Apple Watch diperkenal, mekanisme untuk menyambungkan tali jam menggunakan cara sama, yang mana membolehkan tali jam tersebut serasi dengan setiap generasi Apple Watch yang berbeza.

Namun, untuk model Apple Watch X, Gurman berkata syarikat itu sedang mencuba sistem magnetik baharu, walaupun tidak jelas sama ada ia akan siap atau digunakan dalam Watch X.

Dengan peralihan daripada mekanisme sambungan tali jam sedia ada kepada sistem magnetik baharu, ia dapat mengurangkan penggunaan ruang dan berpotensi memberikan lebih banyak ruang untuk bateri.

‘Nasib’ tali jam sedia ada?

Menggunakan sistem magnetik baharu mungkin bermakna semua tali jam sedia ada tidak lagi serasi dengan model baharu Apple Watch kelak. Walaupun begitu, tidak mustahil jika Apple atau pihak ketiga akan menghasilkan adapter untuk membolehkan tali jam sedia ada terus digunakan.

I haven’t heard anything to suggest this, but perhaps either Apple or a third party would create an adapter. https://t.co/8VxVAcOcJI

— Mark Gurman (@markgurman) August 13, 2023

Dalam perkembangan lain, Apple Watch Series 9 dijangka hanya mempunyai perubahan kecil, yang antaranya melibatkan penggunaan cip dan pilihan warna baharu. Sementara rekaan akan kekal sama seperti model sebelumnya. Model baharu ini dijangka akan dilancarkan bersama barisan iPhone 15 pada bulan depan.

  • Beli Apple Watch Series 8 di Shopee: https://invl.io/cljk1h6
  • Beli Apple Watch Series 8 di Lazada: https://invol.co/cljk1gt

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress