Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS Sideload_Apple Hub

Apple Dijangka Benarkan ‘Sideloading’ Tahun Depan, Tapi Bukan Untuk Semua

Diterbitkan November 14, 2023 · Dikemas kini November 14, 2023 oleh Amalina Athman

Apple dilapor akan membenarkan pengguna iPhone di Kesatuan Eropah (EU) memuat turun aplikasi di luar App Store, bagi memenuhi peraturan Eropah pada tahun hadapan.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Akan Tambah Sokongan 'Sideloading' Dan Gedung Aplikasi Pihak Ketiga
  • Sekali Lagi, iOS 17 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan 'Sideloading' Aplikasi
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Menurut Mark Gurman, Apple akan memperkenal “highly controlled system” yang membolehkan pengguna EU memasang aplikasi yang dihoskan di tempat lain.

Juga dikenali sideloading, perubahan ini dijangka berlaku seawal separuh pertama 2024. Dengan membenarkan pengguna memuat turun aplikasi tanpa perlu menggunakan App Store, ia bermakna pembangun tidak perlu membayar yuran sebanyak 15% hingga 30% kepada Apple.

Selain sideloading, Apple juga mungkin terpaksa mengemas kini aplikasi pembayarannya, serta Messages, bagi memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh EU.

Laporan Gurman bercanggah dengan spekulasi yang mengatakan perubahan ini akan hadir dalam kemas kini iOS 17.2, yang dijangka akan dikeluarkan bulan depan. Ia susulan salah faham mengenai pemuatan sisi beberapa kod baharu yang mempunyai kaitan dengan rangka kerja untuk organisasi mengedarkan aplikasi kepada pekerja.

Akta Pasaran Digital (DMA) EU, yang berkuat kuasa 1 November 2022, memerlukan syarikat “gatekeeper” untuk membuka perkhidmatan dan platform mereka kepada syarikat dan pembangun lain.

Jika negara lain memperkenal undang-undang yang serupa, gedung aplikasi pihak ketiga berkemungkinan akan diperluas di luar EU. Sebagi contoh, Amerika Syarikat kini sedang mempertimbang undang-undang yang memerlukan Apple membenarkan pemuatan sisi.

Sumber: Power On via MacRumors

Gambar utama: Apple Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY