Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 pro max_q

Apple Kelak Boleh Kemas Kini iPhone Baharu Tanpa Perlu Buka Kotak

Diterbitkan Oktober 16, 2023 · Dikemas kini Oktober 16, 2023 oleh Amalina Athman

Apple akan melaksanakan sistem baharu yang membolehkan pekerja Apple Store mengemas kini iPhone tanpa perlu membuka kotak terlebih dahulu, menurut laporan Mark Gurman.

Berkaitan

  • Telefon Pintar Dengan Kamera Swafoto Terbaik Jadi Milik iPhone 15 Pro Max
  • Apple Kongsi Tips Beli iPhone Terpakai, Ini Senarainya
  • Cepat Sambar iPhone 14 Pro Max Dan Jimat Sehingga RM850 Sebelum 17 Oktober 2023

Gurman berkata apabila pengguna membeli iPhone baharu, peranti itu kadangkala hadir dengan sistem perisian terdahulu.

Sebagai contoh, barisan iPhone 15 pertama dihantar dengan iOS 17, tetapi iOS 17.0.1 sudah tersedia ketika peranti mula dijual secara rasmi. Malahan, peranti itu memerlukan kemas kini kepada iOS 17.0.2 untuk menyelesaikan isu yang menghalang pemindahan data terus daripada iPhone lain semasa proses persediaan.

Bagi menangani masalah itu, Apple merancang sistem baharu yang membolehkan kedai jualan mengemas kini perisian pada iPhone sebelum dijual.

Syarikat itu telah membangunkan peranti seperti pad, yang membolehkan pekerja meletakkan kotak iPhone di atasnya. Kemudian, sistem itu boleh menghidupkan iPhone secara wayarles, mengemas kini perisian terbaharu dan mematikannya semula, tanpa perlu membuka kotak bungkusan iPhone.

Apple dijangka akan mula melancarkan sistem itu di kedai jualannya sebelum akhir tahun ini. Melalui sistem sedemikian, pelanggan akan menerima iPhone dengan versi iOS terkini (yang tersedia ketika itu), tanpa perlu melakukannya sendiri, terutamanya jika melibatkan kemas kini penting.

  • Beli peranti Apple di Shopee: https://invl.io/clk2nqw
  • Beli peranti Apple di Lazada: https://invol.co/clk2nqx

Sumber: Power On Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY