Dalam usaha meningkatkan jumlah kitar semula, Apple pernah mencuba untuk memindahkan lebih banyak proses tersebut secara in-house. Bagaimanapun, ia masih perlu bergantung kepada syarikat rakan kongsinya termasuk Geep Canada.

Dalam pada itu, Geep tidak menafikan perkara tersebut, namun memfailkan saman balas yang mendakwa bahawa ianya dilakukan oleh tiga pekerja tanpa pengetahuan syarikat. Apple berpendapat bahawa pekerja itu sebenarnya merupakan pengurusan kanan di firma tersebut.
Walaupun kes ini hanya didedahkan sekarang, saman tersebut telah difailkan sejak Januari 2020. Geep pula membalas saman tersebut pada Julai lalu.
Perkara ini diketahui berikutan Apple melakukan audit pada gudang Geep dan mendapati 18% daripada 531,966 iPhone, 25,673 iPad dan 19,277 Apple Watch yang dihantar telah disimpan dalam kawasan yang berasingan.
Apple meminta ganti rugi sepenuhnya bagi keuntungan yang dibuat dari penjualan semula peranti tersebut, termasuk tambahan CAD $31 juta . Apple juga telah menamatkan kontrak bersama Geep Canada.
Sumber: Apple Insider
Berkaitan
- Beberapa Pembangun Bersatu Untuk Melawan Polisi Apple App Store
- Apple Dilapor Dalam Perancangan Pindahkan Beberapa Pengeluaran iPad Ke India
- Apple Watch SE Turut Diumumkan Pada Harga Lebih Murah
- Apple Baik Pulih Isu Storan Dan Paparan Menerusi Kemas Kini Terbaru iOS 13.6.1
- Apple Ambil Potongan 30% Untuk 'Boost', Meta Dakwa Beri Impak Kepada Perniagaan Facebook
- Kajian: Apple Kumpul Data Pengguna Paling Sedikit Berbanding Twitter, Google
- Apple Dijangka Akan Mengadakan Acara Khas Pada April Nanti
- Apple Sahkan Sudah Mula Pengeluaran iPhone 14 Di India
- Apple Ajak Pengguna Android Untuk "Tukar Ke iPhone"
- Apple Watch Akan Datang Mungkin Dimuatkan Dengan Touch ID Dan Kamera Bawah Paparan