Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple App Store_

Apple Buang WhatsApp, Threads Dari App Store Di China

Diterbitkan April 19, 2024 ยท Dikemas kini April 19, 2024 oleh Amalina Athman

Apple dilaporkan telah mengalih keluar platform Meta, iaitu WhatsApp dan Threads daripada App Store di China selepas diarahkan oleh pengawal selia negara itu untuk berbuat demikian.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Samsung Pintas Apple Terajui Telefon Pintar Dunia Dengan Huawei Bangkit Semula

Dalam satu kenyataan kepada Reuters, Apple berkata Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) telah mengarahkan pengalihan keluar kedua-dua aplikasi itu daripada App Store berdasarkan kebimbangan risiko kepada keselamatan negara.

We are obligated to follow the laws in the countries where we operate, even when we disagree.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada program pembersihan yang dimulakan oleh pengawal selia China pada 2023, yang dijangka akan mengalih keluar sejumlah aplikasi yang tidak berfungsi atau tidak berdaftar daripada gedung aplikasi iOS dan Android tempatan.

Dalam keadaan Amerika Syarikat masih mempertimbangkan ke arah pengharaman TikTok, kerajaan China ‘selangkah ke hadapan’ mengambil tindakan terhadap perkhidmatan teknologi Amerika itu – dengan kedua-duanya memetik kebimbangan keselamatan negara sebagai isu utama.

Walaupun begitu, Apple menjelaskan kedua-dua aplikasi berkenaan kekal tersedia untuk dimuat turun di negara lain – selagi mana ia disenaraikan dalam App Store.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar Cobot, Robot Kolaboratif AX6 Untuk 'Cleanroom' Di Asia Tenggara
  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
©2026 WISER.MY