Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zero day

Microsoft, Google Dan Apple Sasaran Utama Penggodam Pada 2022

Diterbitkan Mac 22, 2023 ยท Dikemas kini Mac 22, 2023 oleh Amalina Athman

Penyelidik dilapor telah mengesan sejumlah 55 kerentanan zero-day yang dieksploitasi pada tahun 2022 oleh penggodam, yang mana kebanyakannnya menyasarkan produk Microsoft, Google dan Apple.

Bagi yang belum tahu, kerentanan zero-day adalah kelemahan keselamatan dalam produk perisian yang didedahkan atau dieksploitasi secara terbuka, sebelum pembangun mengetahuinya atau mengeluarkan baik pulih keselamatan.

Berkaitan

  • Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat 'Sticker' WhatsApp Untuk iOS
  • Google Kesan 18 Kerentanan Pada Modem Exynos, Sejumlah Peranti Android Mungkin Terjejas

Sejumlah 53 daripada 55 kerentanan yang dilapor itu membolehkan penggodam mengambil kesempatan dan melakukan serangan perisian dari jarak jauh.

Menurut laporan Mandiant, gergasi teknologi Microsoft, Google dan Apple adalah yang paling kerap dieksploitasi untuk tahun ketiga berturut-turut, dengan masing-masing mempunyai 18, 10 dan 9 kerentanan.

microsoft google apple

Sementara itu, jenis produk yang paling kerap terjejas ialah sistem pengendalian (19), pelayar (11), keselamatan, IT dan produk pengurusan rangkaian (10), serta sistem pengendalian mudah alih (6).

microsoft google apple_2

Menariknya, laporan itu turut mendedahkan bahawa sistem pengendalian desktop paling banyak dieksploitasi, dengan 19 kelemahan telah dikenal pasti. Windows adalah yang paling terjejas, dengan 15 kelemahan keselamatan, diikuti oleh macOS dengan empat. Dalam kes sistem pengendalian mudah alih, 5 kelemahan keselamatan telah dieksploitasi dalam iOS dan satu dalam Android.

Secara keseluruhan, kelemahan keselamatan pada tahun 2022 mencatatkan penurunan berbanding tahun 2021 dengan rekod 81 kelemahan keselamatan yang dieksploitasi.

Sumber: BleepingComputers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY