Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app store_

Apple Ambil Potongan 30% Untuk ‘Boost’, Meta Dakwa Beri Impak Kepada Perniagaan Facebook

Diterbitkan Oktober 27, 2022 oleh Amalina Athman

Apple baru-baru ini telah mengemas kini garis panduan App Store yang memerlukan pembangun iOS untuk menggunakan pembelian dalam aplikasi (in-app purchase), termasuk bagi penjualan boost (menggalakkan) siaran dalam aplikasi media sosial.

Tindakan Apple dikatakan memberi kesan terutamanya kepada Facebook dan Instagram, yang membolehkan pengguna membeli dan mengurus kempen pengiklanan dalam aplikasi bagi meningkatkan jangkauan siaran mereka. Melalui pembelian dalam aplikasi, Apple mengambil potongan sebanyak 30%.

Tidak gembira dengan perubahan itu, wakil Meta memaklumkan kepada The Verge:

“Apple berterusan mengubah dasarnya untuk mengembangkan perniagaan mereka sendiri sambil mengurangkan (keuntungan) pihak lain dalam ekonomi digital. Apple sebelum ini mengatakan pihaknya tidak mengambil bahagian daripada hasil pengiklanan pembangun, dan kini mengubah dasar tersebut. “

Membayar untuk meningkatkan siaran ialah ciri biasa yang tidak hanya terhad kepada aplikasi Meta, tetapi juga untuk aplikasi media sosial lain seperti TikTok dan Twitter. Namun, perbezaan bagi Facebook dan Instagram ialah pada masa ini syarikat itu tidak menggunakan sistem pembelian dalam aplikasi Apple, berbanding TikTok dan Twitter yang sudah sedia menggunakan sistem pembayaran tersebut.

Berkaitan

  • Meta Rancang Tambah Lebih Banyak Ciri Berbayar Di Facebook, WhatsApp Dan Instagram
  • Apple Music, Apple One Di Malaysia Dinaikkan Harga Berkuat Kuasa Serta-Merta

Dalam pada itu, wakil Apple memaklumkan garis panduan App Store telah jelas menunjukkan bahawa penjualan barangan dan perkhidmatan digital dalam aplikasi mesti menggunakan pembelian dalam aplikasi. Boost, yang membolehkan individidu atau organisasi membayar untuk meningkatkan jangkaun siaran atau profil, adalah perkhidmatan digital dan berikutan itu ia perlu menggunakan pembelian dalam aplikasi.

Dalam erti kata lain, sebelum garis panduan itu dikemas kini, Apple menyatakan boost adalah sebahagian daripada pembelian digital yang perlu menggunakan pembelian dalam aplikasi, dan garis panduan itu adalah untuk memberikan lebih penjelasan mengenainya.

Pertikaian antara Meta dan Apple bukanlah perkara baharu. Sejak App Tracking Transparency (ATT) diperkenalkan pada tahun lalu, Meta merupakan syarikat yang paling lantang bersuara menentang dasar itu, di mana ia mendakwa ciri tersebut telah menjejaskan perniagaan kecil yang bergantung kepada iklan bersasar.

Gambar utama: Basic Tutorial

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY