Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Terima QR Mencurigakan? Kini Boleh Semak Dulu Guna ‘URL Analyzer’

Terima QR Mencurigakan? Kini Boleh Semak Dulu Guna ‘URL Analyzer’

Diterbitkan April 6, 2026 · Dikemas kini April 6, 2026 oleh Amalina Athman

Penggunaan kod QR kini menjadi satu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya ketika musim perayaan. Dalam keadaan teruja untuk mendapatkan ‘duit raya’, ramai yang terus mengimbas kod QR tanpa berfikir panjang. Malangnya, situasi ini turut dieksploitasi oleh scammer.

Penjenayah siber semakin aktif mencipta kod QR palsu atau pautan pendek yang kelihatan meyakinkan. Apabila diimbas, pengguna berisiko terdedah kepada kebocoran data atau kehilangan wang.

Bagi membantu mengurangkan risiko ini, pembangun tempatan telah membangunkan platform berasaskan komuniti dikenali sebagai PenipuMY.

Platform ini direka untuk membantu pengguna di Malaysia mengenal pasti penipuan dalam talian, termasuk menyemak identiti seperti nombor telefon dan akaun bank, selain membolehkan laporan dibuat terhadap scammer.

Terbaru, PenipuMY turut membuka akses kepada ciri baharu dikenali sebagai “URL Analyzer”. Melaluinya, pengguna kini boleh menyemak kod QR dengan lebih mudah sebelum mengambil sebarang tindakan.

Cara semak kod QR di PenipuMY

1. Pergi ke laman web PenipuMY dan log masuk terlebih dahulu.

2. Seterusnya, masuk ke halaman URL Analyzer.

  • Jika kod QR diterima melalui aplikasi seperti WhatsApp, X, Telegram atau mana-mana media sosial, anda hanya perlu salin imej tersebut. Caranya, klik dan tekan lama pada gambar, pilih “Copy”, “Copy Image” atau “Copy Photo”.

  • Kemudian tampal (paste) imej tersebut ke dalam ruangan yang disediakan di halaman URL Analyzer.

  • Sekiranya imej sudah disimpan dalam peranti, anda boleh terus memuat naiknya di halaman yang sama.

Terima QR Mencurigakan? Kini Boleh Semak Dulu Guna ‘URL Analyzer’

3. Sistem kemudiannya akan menganalisis kod QR tersebut secara automatik dan memaparkan hasil semakan untuk rujukan pengguna.

Terima QR Mencurigakan? Kini Boleh Semak Dulu Guna ‘URL Analyzer’

Bagi pengguna yang telah menjadi mangsa scam, PenipuMY turut menyediakan panduan lengkap di pautan penipu.my/i-have-been-scammed. Panduan tersebut menyenaraikan langkah yang perlu diambil dengan segera serta maklumat agensi berkaitan untuk tujuan laporan.

Inisiatif seperti ini memberi satu kelebihan tambahan kepada pengguna untuk membuat semakan awal sebelum bertindak, sekali gus membantu mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Berkaitan

  • Imbas Kod QR, Rugi Ribuan Ringgit — Ini Bagaimana 'Scam' QR Berlaku
  • Manipulasi Kod QR Jadi Taktik Scammer Curi Maklumat Sensitif
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Baru Sahaja Dilancarkan, Aplikasi goSolat Kini Di Carta Teratas App Store Malaysia
  • Aplikasi MCMC Nexus Kini Rasmi Dilancarkan - Mudahkan Pengguna Uji Kelajuan Sambungan Internet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Permainan Telefon Pintar Cara Unik Jepun Selenggara Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
©2026 WISER.MY