Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC Nexus Rasmi_1

Aplikasi MCMC Nexus Kini Rasmi Dilancarkan – Mudahkan Pengguna Uji Kelajuan Sambungan Internet

Diterbitkan Mac 31, 2026 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara rasmi hari ini melancarkan aplikasi MCMC Nexus.

Sebagai rujukan, MCMC Nexus telah pun diperkenalkan secara berperingkat sejak tahun lalu. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menguji kelajuan Internet dan menyumbang data prestasi rangkaian sebenar di lokasi masing-masing.

Menurut MCMC, data yang dikumpulkan adalah anonim tanpa sebarang maklumat peribadi, dan akan membantu mengenal pasti kesesakan, liputan lemah serta isu kualiti perkhidmatan bagi penambahbaikan yang lebih bersasar.

Aplikasi MCMC Nexus Kini Rasmi Dilancarkan – Mudahkan Pengguna Uji Kelajuan Sambungan Internet

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching memaklumkan aplikasi tersebut telah merekodkan sebanyak 51,145 muat turun sejak Februari 2025.

Beliau berkata hasil penglibatan aktif pengguna, sebanyak 168 juta titik data kualiti rangkaian berjaya dikumpul di seluruh negara, dengan maklumat berkenaan mampu membantu mengenal pasti kawasan liputan lemah serta isu kualiti perkhidmatan dengan lebih tepat.

Tambahnya, MCMC Nexus juga telah menjalani pengujian bebas dan ditauliahkan pensijilan rasmi pada 30 Mac 2026 oleh makmal yang diakreditasi di bawah piawaian ISO/IEC 17025.

Aplikasi MCMC Nexus boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Berkaitan

  • Malaysia Tarik Perhatian Dunia Di MWC 2025, Pamer Kemajuan 5G & Infrastruktur Digital
  • Pengguna iPhone Kini Boleh Uji Prestasi Internet Dengan Aplikasi Rasmi MCMC NEXUS
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY