Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
goSolat Malaysia_

Baru Sahaja Dilancarkan, Aplikasi goSolat Kini Di Carta Teratas App Store Malaysia

Diterbitkan Februari 16, 2026 · Dikemas kini Februari 16, 2026 oleh Amalina Athman

goSolat, aplikasi buatan pembangun tempatan yang direka untuk membantu pengguna dalam solat harian, kini tersenarai di carta teratas Apple App Store Malaysia bagi kategori aplikasi percuma.

goSolat Malaysia_2

Aplikasi ini dibangunkan dengan pendekatan tanpa gangguan iklan. Menurut pembangun, Muhammad Afiq Azmi, tiada akaun diperlukan dan semua data disimpan terus di peranti pengguna, dengan sokongan sandaran (backup) selamat melalui iCloud peribadi.

goSolat menyokong pemantauan waktu solat yang tepat berdasarkan kalkulasi rasmi digunakan di seluruh Malaysia dan rantau sekitarnya. Pengguna boleh pilih lokasi tepat, termasuk sokongan penuh untuk beberapa daerah di Brunei.

goSolat Malaysia_3

Aplikasi ini turut menyediakan widget di Lock Screen supaya waktu solat seterusnya mudah dilihat tanpa perlu membuka aplikasi, berserta azan dan notifikasi. Antara ciri lain termasuk kiraan rakaat, arah kiblat, boleh disambungkan dengan aplikasi Apple Health, alat pengiraan qada untuk anggaran solat tertinggal serta tracker ibadah seperti puasa dan tahajjud.

Buat masa ini, hanya versi iOS tersedia, dengan versi Android dijangka hadir tidak lama lagi. Aplikasi goSolat boleh dimuat turun melalui App Store, memerlukan iOS 17.6 dan terkini.

Berkaitan

  • Aplikasi Iman Pro Kini Rasmi Di Google Play Store
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Muslim Pro Lancar Ramadan Re:Charge, Berpeluang Menangi Badal Umrah

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY