Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan medianya memaklumkan bahawa terdapat isu teknikal berlaku pada sistem temu janji vaksin di aplikasi MySejahtera.
KKM menjelaskan, memandangkan pautan janji temu dalam sistem MySejahtera dihantar secara automatik, isu teknikal itu timbul melibatkan dos penggalak kepada golongan remaja yang berumur dari 17 tahun dan ke bawah.
Malah pautan janji temu juga turut diterima oleh individu dewasa yang sudah pun menerima dos penggalak.
KKM juga menyatakan bahawa dos penggalak vaksin VOVID-19 hanya diberikan kepada inividu yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
Disebabkan isu teknikal tersebut, KKM meminta invidu berikut supaya mengabaikan sahaja pautan janji temu yang diterima mereka:-
- ibu bapa atau penjaga kepada remaja berusia 17 tahun dan ke bawah yang menerima pautan janji temu dos penggalak untuk remaja di bawah jagaan,
- Individu dewasa yang telah mendapat dos penggalak
KKM juga meminta orang ramai yang sudah membuat janji temu dos penggalak untuk tanggungan mereka atau untuk dos keempat melalui pautan yang dihantar supaya membatalkan janji temu tersebut.
Mereka juga tidak perlu menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
KKM memaklumkan, isu teknikal yang dihadapi ini sedang diatasi oleh pasukan teknikal MySejahtera.
Sumber: KKM
Baca juga: