Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
verified mysejahtera

Bukan Suka-Suka, Ini Maksud Sebenar “Verified” Di MySejahtera

Diterbitkan Mac 22, 2022 · Dikemas kini Mac 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Semalam, rata-rata pengguna MySejahtera berkongsi sebuah kejadian di mana profil mereka di MySejahtera tidak semena-mena mendapat pengiktirafan “Sah” atau “Verified” selepas menaik taraf ke versi terbaharu.

Hal ini tidak dapat dijelaskan oleh sesiapa pun, bahkan Menteri Kesihatan juga tidak mengeluarkan kenyataan pada media mahupun di akaun Twitter-nya menyentuh tentang perkara tersebut.

Ramai berandaian ia dikurniakan pada mereka yang telah disahkan dokumen seperti kad pengenalan dan sebagainya.

Selepas seharian, akhirnya MySejahtera di Twitter mengakui penyertaan status “Sah” ini dan menjelaskan fungsinya.

Akaun yang telah disahkan (verified) memastikan ciri yang ada di MySejahtera dapat digunakan sepenuhnya. Contohnya, ada yang tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka di MySejahtera kerana belum mengesahkan akaun mereka. (1/2) pic.twitter.com/rBxXrxS6rR

— MySejahtera (@my_sejahtera) March 22, 2022

MySejahtera mengatakan status tersebut hanya diberikan pada pengguna yang telah mengesahkan identiti dan tarikh lahir. Golongan ini dapat menggunakan kesemua ciri di aplikasi berkenaan seperti melihat sijil vaksinasi.

Dalam pada itu, MySejahtera juga berkata pengguna yang tidak mempunyai lencana ini tidak akan melihat sijil vaksinasi kerana tidak mengesahkan identiti.

sahkan mysj

Oleh itu, MySejahtera telah juga berkongsi bagaimana pengguna boleh mengemas kini maklumat bagi mendapatkan verifikasi “Sah” di profil.

Baca juga:

  • Bawah RM60, Ini Pakej Internet Bulanan Prabayar Di Malaysia Setakat Mac 2022
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • 13 Tahun Dulu, Pencipta Logo Android Bentang Rekaan Pelitup Mukanya Tapi Diketawakan Juri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY