Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
banner mysj health

Cara Masukkan Rekod Vaksinasi MySejahtera Ke Apple Health

Diterbitkan Mac 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam iOS 15.4 yang telah diedarkan pada iPhone dan iPad sejak pagi semalam, pengguna Malaysia kini sudah boleh menambah sejarah vaksinasi MySejahtera mereka ke dalam Apple Health.

Bagaimanapun, anda perlu menambah satu persatu untuk setiap dos diambil.  Bermakna, jika anda telah mengambil 3 dos, anda perlu mengulang beberapa langkah sebanyak 3 kali.

Ini langkah menambah rekod vaksinasi ke dalam Apple Health:

  1. Buka MySejahtera. Di Profile, tatal ke bawah dan tekan Show QR.mysj apple health
  2. Screenshot kod QR yang dipaparkan.
  3. Keluar daripada MySejahtera dan buka Photos, tekan ikon Live Text. Klik pada kod salah satu kod QR.
    • mysj apple health live text
    • Jika kod QR tidak dapat dikesan, screenshot semula daripada MySejahtera dengan mengubah sedikit posisi kod QR dengan menatal halaman.
  4. Tekan Open in Health.mysj apple health 3
  5. Tekan Add to Wallet & Health.mysj apple health 4
  6. Sijil vaksinasi Malaysia memang tidak dapat ditambah ke dalam Wallet, jadi hanya tekan Done.mysj apple health 5

Selesai. Anda boleh semaknya di Apple Health. Ia boleh didapati di bahagian Summary mahupun Immunisations dalam Browse.

msj apple heath end

Jika kesemua kod QR ini dapat dikesan dalam satu imej tangkap layar tadi, maka anda hanya perlu ulang langkah 3 hingga 6 untuk dos yang belum dimasukkan.

Jika kod QR tidak dikesan, ambil tangkapan layar (screenshot) baharu daripada MySejahtera. Saya sendiri mengalami isu ini sehingga 5 screenshot diambil kerana Photos tidak dapat mengesan kod QR dos pertama.

Untuk mengetahui apa yang baharu dalam iOS 15.4, anda boleh baca artikel kami di SINI yang berkongsi tentang ciri lain dengan lebih terperinci.

Sumber: Lowyat

Baca juga:

  • Sering Dimasukkan Ke ‘Group’ Aneh Dan ‘Scam’ Di Telegram? Ikuti Langkah Ini Untuk Kekal Selamat
  • 5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone
  • Pengguna iPhone? Ini Cara Rakam Video Sambil Mainkan Lagu Di ‘Background’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY