Buat 'Self-Test' COVID-19? Jangan Lupa Muat Naik Gambar Keputusan Ke MySejahtera

Dengan gelombang Omicron dan negara-negara jiran yang akan membuka sempadan yang kelak, salah satu budaya dalam norma baharu ialah ujian kendiri COVID-19. Kit ujian kendiri ini boleh didapati sekitar RM5 di pelbagai kedai termasuk kedai serbaneka.

Kapsyen: Tempoh kuarantin terkini.


Jika anda belum maklum, setiap keputusan ujian kendiri hendaklah dilaporkan melalui MySejahtera. Masuk ke MySejahtera, kemudian pergi ke COVID-19 Self-Test, tekan Update Self Test Result

Terdahulu, pengguna hanya mengisi maklumat seperti waktu dan keputusan sama ada positif atau negatif.

Terkini, MySejahtera telah menambah keperluan baharu iaitu pengguna dikehendaki memuat naik gambar keputusan ujian kendiri tersebut.



Dalam pada itu, anda juga boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM1000 untuk setiap pembelian ujian kit kendiri bagi pencukaian tahun 2021.

https://twitter.com/my_sejahtera/status/1494942767377973248?s=20&t=mfq-GsPRp-hyJ9ZNcPVGIA

Dalam perkembangan lain, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga telah mengumumkan kiosk bantuan MySejahtera di beberapa lokasi supaya pengguna boleh mendapatkana bantuan secara langsung.

Baca juga: