Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RHD_Zeekr X_Exterior_Khaki Green

Tempahan Zeekr X (2026) Kini Dibuka Di Malaysia – Tampil Varian RWD Dan AWD Pada Anggaran Harga Bermula RM160,000

Diterbitkan Jun 9, 2026 oleh Amsyar Latif

Zeekr Intelligent Technology Malaysia secara rasmi telah membuka tempahan untuk model SUV elektrik bandar premium dipertingkat, Zeekr X (2026).

Model facelift yang membawakan slogan “Boldly Yours” ini hadir dengan siri naik taraf perkakasan, reka bentuk estetik baharu, serta penambahan ciri standard bagi pasaran tempatan menerusi dua pilihan varian iaitu Premium dan Flagship.

Rangkaian siri Zeekr X (2026) kini dilengkapi dengan pelbagai fungsi premium standard yang jarang ditemui dalam kelasnya.

Antaranya termasuklah sistem pintu hadapan automatik, peti sejuk terbina, panel interaktif pintar pada B-pillar, stereng multi-fungsi bersama butang jenis touch bar, serta kapasiti ruang but belakang yang lebih praktikal seluas 404 liter.

RHD_Zeekr X_Interior_First Seat

Dari segi keselamatan, SUV ini mengekalkan sistem 7-beg udara keselamatan bersama pakej ADAS lengkap yang dijana oleh lima kamera HD, lima radar gelombang-milimeter, dan 12 sensor ultrasonik.

Bagi varian tertinggi Zeekr X Flagship AWD, ia memuatkan sistem dwi-motor yang menghasilkan kuasa mencecah 365kW dan tork 573Nm, sekali gus membolehkan pecutan 0-100 km/j dilakukan dalam masa 3.7 saat sahaja.

RHD_Zeekr X_Interior_Car Refrigerator

Varian ini menawarkan jarak gerak sejauh 445km (WLTP), sokongan pengecasan AC 22kW (0%-100% dalam 4 jam), rim rim ruji forged 20-inci hitam, serta pilihan warna eksklusif Onyx Black dan Matte Khaki Green.

Sementara itu, varian Zeekr X Premium RWD menawarkan kuasa 250kW dan tork 373Nm dengan jarak gerak 415km (WLTP), pengecasan AC 11kW, paparan HUD, rim paddle 19-inci, serta pilihan warna baharu Porcelain Pink.

Pengurus Besar Zeekr Malaysia, Eddy Lu, menyatakan bahawa model kemas kini ini direka khusus untuk memenuhi jangkaan pemandu yang mahukan sebuah EV pintar yang mengimbangi aspek inovasi, gaya, dan praktikaliti harian.

RHD_Zeekr X_Exterior_Onyx Black

Harga jualan bagi model Zeekr X (2026) ini dijangka akan ditawarkan pada anggaran sekitar RM160,000 hingga RM180,000.

Orang ramai yang berminat boleh melakukan tempahan di cawangan bilik pameran Zeekr terdekat atau melihat sendiri SUV ini di acara KLIMS 2026 yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun ini di MITEC, Kuala Lumpur.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Zeekr Kini Jenama EV Premium No.1 Di Malaysia
  • Zeekr Malaysia Jalin Kerjasama Dengan DC Handal – Sasar Perluas Rangkaian Pengecasan Pantas Lebuhraya Utara-Selatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY