Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
myvi ev emo-I

Perodua EV Harga Mampu Milik Bakal Tiba Menjelang Akhir 2025

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan, kementeriannya yakin Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) akan dapat mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000 menjelang akhir 2025.

Beliau turut dilaporkan berkata, kementeriannya akan turut sama membantu Perodua dalam pembangunan EV itu.

“Tujuan kami ingin membantu dan memudahkan Perodua adalah kerana kami ingin menjadikan EV sebagai kenderaan mampu milik.”

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pada Jumaat minggu lalu telah memaklumkan bahawa Perodua kini sedang membangunkan kereta elektrik (EV) yang akan dijual pada harga kurang dari RM100,000.

Perodua sebelum ini di acara Malaysia Auto Show 2024 lalu telah pun menayangkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, dikenali sebagai Myvi Conversion.

Proses pembangunan bangku pengujian kuasa dibuat dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Projek Prototaip Perodua MyVi EV Ini Adalah Hasil Buah Tangan Pasukan Penyelidik UPM
  • Perodua Sedang Bangunkan EV Berharga Kurang Dari RM100,000 - PM

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY