Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Seluruh UK Berbunyi Serentak, Ganggu Perlawanan Kriket England vs Afrika Selatan

Telefon Pintar Seluruh UK Berbunyi Serentak, Ganggu Perlawanan Kriket England vs Afrika Selatan

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh ariff bukhari

Berjuta-juta telefon pintar di seluruh UK telah berbunyi siren serentak selama 10 saat sehingga menghentikan seketika perlawanan kriket antara England–Afrika Selatan serta memaksa sepak mula perlawanan liga ragbi ditunda.

Bunyi siren serentak itu yang berlaku pada Ahad, 7 September 2025, tepat jam 3.00 p.m lalu adalah sebahagian daripada ujian sistem amaran kecemasan kebangsaan negara itu.

Amaran itu disertai mesej bertulis bahawa ia hanyalah ujian di mana ia merupakan ujian kedua sejak sistem diperkenalkan pada 2023.

Telefon Pintar Seluruh UK Berbunyi Serentak, Ganggu Perlawanan Kriket England vs Afrika Selatan
Sebuah skrin menunjukkan maklumat berkaitan dengan ujian Amaran Kecemasan yang dihantar ke telefon pintar, semasa perlawanan kumpulan C Piala Dunia Ragbi Wanita antara New Zealand dan Ireland di Stadium Brighton & Hove Albion, Brighton, tenggara England, pada 7 September 2025. (Gambar oleh Glyn KIRK / AFP)

Amaran hanya diterima oleh peranti yang disambungkan ke rangkaian 4G dan 5G, dan juga boleh disampaikan melalui TV, radio atau secara fizikal.

Sistem ini dibangunkan bagi menghadapi ancaman utama seperti cuaca ekstrem, peperangan, dan risiko keselamatan awam.

Kerajaan UK telah menjalankan kempen hebahan awam bagi mengurangkan kejutan, termasuk pengumuman di stesen kereta api dan papan tanda lebuh raya.

Dalam dua tahun terakhir, sistem ini telah digunakan lima kali untuk amaran sebenar, termasuk ketika taufan Storm Eowyn dan insiden bom Perang Dunia Kedua seberat 500kg yang belum meletup.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia
  • Prestasi Modem iPhone 16e Didapati Lebih Stabil Berbanding iPhone 16 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY